Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Band K-pop iKON, bakal adakan persembahan di Singapura

iKON dijadualkan mengadakan konsert di lapan bandar Asia

Anggaran Waktu Membaca:
Band K-pop iKON, bakal adakan persembahan di Singapura

Gambar fail. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 02 Jul 2018 11:00PM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 11:09PM

SEOUL: Kumpulan muzik K-pop iKON akan mengadakan konsert jelajah dunia mereka yang sulung. Lapan persinggahan diaturkan di bandar-bandar Asia, termasuk Singapura, Kuala Lumpur dan Bangkok.

"2018 Continue Tour" akan bermula di Seoul pada 18 Ogos di Arena Gimnastik Olimpik. Ini diumumkan agensi pengurusan YG Entertainment, hari ini (2 Jul).

Selain itu iKON juga dijadualkan mengadakan konsert di Taipei, Manila, Jakarta dan Hong Kong. Tarikh bagi konsert-konsert berkenaan belum diumumkan.

Baru-baru ini, iKON kembali ke persada muzik K-pop dengan 'single' terbaru 'Love Scenario'. Ia adalah video muzik pertama iKON yang berjaya mencatat lebih 100 juta tontonan di YouTube.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan