Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Balu Yazit Search terima tajaan umrah bagi pihak Allahyarham

Balu kepada Allahyarham Yazit Ahmad, pemain dram kugiran terkenal Search, melahirkan rasa syukur kerana ada pihak yang sudi menaja dirinya mengerjakan ibadah umrah pada tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Balu Yazit Search terima tajaan umrah bagi pihak Allahyarham

Allahyarham pemain dram Search, Yazit Ahmad. (Gambar: Suhaimi A Rahman/Instagram)

Diterbitkan : 17 Oct 2019 02:59PM Dikemas Kini : 17 Oct 2019 03:01PM

KUALA LUMPUR: Balu kepada Allahyarham Yazit Ahmad, pemain dram kugiran terkenal Search, melahirkan rasa syukur kerana ada pihak yang sudi menaja dirinya mengerjakan ibadah umrah pada tahun depan.

Ramlah Ahmad memberitahu Harian Metro pakej tajaan tersebut diterima daripada In Saff Travel & Tour Sdn Bhd.

“Sepatutnya arwah yang mengerjakan umrah tapi impiannya tak menjadi kenyataan. Apabila tiba di sana (Makkah), saya akan mengirimkan doa buatnya,” ujar beliau seperti dipetik Harian Metro.

Yazit menghembuskan nafas terakhirnya pada 26 September lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan jantung.
Arwah juga menghidap penyakit buah pinggang sejak lebih sedekad lalu. Keadaan tersebut memerlukan beliau untuk menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Selain itu, Yazit juga diserang beberapa masalah lain hingga kerap kali keluar masuk hospital.

Ramlah berkongsi kepada media tempatan bahawa arwah suaminya pada awal tahun ini pernah menyuarakan hasratnya untuk menunaikan ibadah umrah. Namun, disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan.

“Saya menasihati arwah jaga kesihatan supaya kami dapat bersama-sama ke sana. Tetapi apakan daya, ia tidak kesampaian,” ujarnya sayu.

Ramlah berkata beliau akan berbincang dengan tiga anaknya iaitu Razilah, 38 tahun, Shamirnuri, 34 tahun, dan Syafiqa Nurlis, 29 tahun, mengenai tajaan tersebut.

Sementara itu, pengurus majlis Rosli Buang berkata Acara Kenang Jasa Insan Seni Allahyarham Yazit Ahmad dijadual berlangsung pada 25 Oktober ini.

Mengulas tentang acara tersebut, Rosli bekongsi bahawa persembahan yang akan bertempat di i-Cafe Bikerstation, Sungai Buloh, itu bertujuan mengenang penceburan arwah selama 40 tahun dalam industri seni tanah air. Bahkan pihaknya juga bercadang mengorbankan seekor lembu untuk kenduri dan majlis tahlil bersempena penganjuran acara tersebut.

Menurutnya, program bermula 8.30 malam hingga 12.00 tengah malam itu bakal menyaksikan barisan artis legenda tanah air mengadakan persembahan seperti Man Kidal, Oma Akira, Burnmark, Zul Handyblack, Assalam Band dan Rampage. Pihak penganjur juga akan menjemput Amy Search serta Awie.

Rosli, yang juga bekas pengurus persembahan arwah, memberitahu Harian Metro bahawa jumlah sumbangan acara tersebut nanti bakal digunakan bagi membiayai kos penganjuran selain disalurkan kepada keluarga arwah. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan