Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Badan amal Aaron Aziz hulur derma RM50,000 kepada 1,000 warga miskin M'sia semasa pandemik COVID-19

Pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz, membelanjakan RM50,000 (S$16,500) untuk mengagihkan bekalan harian asas kepada golongan kurang berkemampuan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Badan amal Aaron Aziz hulur derma RM50,000 kepada 1,000 warga miskin M'sia semasa pandemik COVID-19

Aaron Aziz bersama isteri, Diyana Halik (Gambar: Instagram/@aarondwiaziz)

Diterbitkan : 10 Apr 2020 08:27PM Dikemas Kini : 10 Apr 2020 08:32PM

KUALA LUMPUR: Pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz, membelanjakan RM50,000 (S$16,500) untuk mengagihkan bekalan harian asas kepada golongan kurang berkemampuan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia.

Menerusi pertubuhan beliau, Journey to Insyirah, pelakon yang berpangkalan di Malaysia itu sudahpun menghulurkan bantuan kepada hampir 1,000 individu serta keluarga yang memerlukan.

Ketika dihubungi New Straits Times, Aaron memberitahu akhbar itu bahawa habuan itu didermakan kepada pelbagai masyarakat merentasi seluruh Malaysia termasuk di Pahang, Melaka, Johor, Perlis, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, kami menerima banyak derma daripada orang ramai sejak pertubuhan ini diasaskan dua tahun lalu," kata beliau.

"Apabila pandemik COVID-19 berlaku dan PKP dikuatkuasakan, ramai orang mesej saya dan isteri untuk meminta bantuan. Jadi kami dapat menyalurkan habuan derma itu kepada mereka yang benar-benar memerlukannya," ujar Aaron lanjut kepada New Straits Times.

"Saya harap segala apa yang kami lakukan akan dapat membantu golongan memerlukan di saat-saat ini," tambahnya.

Pertubuhan itu diasaskan oleh Aaron bersama isterinya, Dayana Halik, dan seorang rakan, Ustazah Khadijah.

Buat masa ini, Journey to Insyirah memberi tumpuan kepada usaha mengagih-agihkan susu dan lampin pakai buang selepas usaha awal mengagihkan barang-barangan keperluan harian.

"Selepas ini, kami kemudian akan memberi tumpuan kepada membeli ubat-ubatan kerana ramai juga yang mesej kami untuk itu," katanya.

Sebelum pandemik COVID-19, pertubuhan amal itu sudah membantu menyediakan tempat berteduh dan air bersih serta sebuah van bagi pusat tahfiz di Langkawi, Kedah. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan