Images
  • backstreet boys
    (Gambar: Cindy Ord/AFP)

Backstreet Boys kembali dengan album baru selepas 19 tahun

AMERIKA SYARIKAT: Backstreet Boys kembali! Selepas hampir 20 tahun, kumpulan itu kembali mengungguli Carta Billboard 200 dengan album terbaru mereka, DNA.

Album tersebut merupakan album No. 1 ketiga kumpulan itu. Album paling popularnya adalah Black & Blue pada tahun 2000 yang menampilkan lagu Shape of My Heart. Ia merupakan album yang dikeluarkan semasa zaman gemilangnya.

DNA dikeluarkan pada 25 Jan dan sejak itu, 234,000 unit berjaya dijual di Amerika Syarikat dalam tempoh sekitar seminggu, menurut Nielsen Music. Daripada jumlah itu, 227,000 adalah penjualan album.

Terdapat 12 lagu dalam album baru kumpulan itu sejak 2013. Lagu utamanya, Don't Go Breaking My Heart, dikeluarkan pada Mei 2017.

Sempena pelancaran album itu, kumpulan tersebut akan mengadakan konsert jelajah dunia bermula Mei ini di Lisbon, Portugal. Mereka akan tiba di Amerika Utara pada Julai dan berakhir September di Newark, New Jersey.

Kumpulan itu dibentuk pada 1993 dan berjaya menjual lebih 100 juta rekod di seluruh dunia, menjadikan mereka kumpulan paling laris.

Backstreet Boys mengadakan konsert di Singapura pada Okt 2017 di Stadium Negara di mana 20,000 orang hadir untuk menyaksikannya. Ia sebahagian daripada konsert Larger Than Life Tour

- CNA/AQ/aq

Top