Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Azmil Mustapha meninggal dunia pada usia 65 tahun

Pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di kediamannya di Shah Alam, kira-kira jam 1.00 tengah hari tadi (14 Feb), menurut beberapa laporan media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Azmil Mustapha meninggal dunia pada usia 65 tahun

Pelakon era 1980an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam sekitar jam 1.00 petang tadi (14 Feb). (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 14 Feb 2018 03:05PM Dikemas Kini : 14 Feb 2018 03:48PM

PETALING JAYA: Pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di kediamannya di Shah Alam, kira-kira jam 1.00 tengah hari tadi (14 Feb), menurut beberapa laporan media tempatan.

BH Online melaporkan bahawa bintang filem Ali Setan yang popular pada era 1980-an menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 65 tahun.

Berita pemergian Allahyarham dikongsi anak lelaki tunggalnya, Mohd Bazli kepada BH Online, sebentar tadi.

"Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami.

"Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan," katanya.

Sebelum ini, Allahyarham dimasukkan ke hospital beberapa kali kerana mengalami kesukaran bernafas, demikian dilaporkan Mstar pula.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak - Shamira, Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan