Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Azharina redha 'gempal' asal dapat susukan Redha

Dipersenda, diejek atau berdepan komen kritikal yang berpotensi memalukan mengenai saiz badan bukan perkara baru dihadapi penyanyi Azharina Azhar.

Anggaran Waktu Membaca:
Azharina redha 'gempal' asal dapat susukan Redha

Azharina Azhar (Gambar: Instagram/azharina_a)

Diterbitkan : 05 Aug 2018 05:58PM Dikemas Kini : 05 Aug 2018 06:06PM

MALAYSIA: Dipersenda, diejek atau berdepan komen kritikal yang berpotensi memalukan mengenai saiz badan bukan perkara baru dihadapi penyanyi Azharina Azhar.

Dilabel “artis gemuk yang sudah tidak laku” Azharina sebaliknya mengaku tidak mempunyai masalah dengan berat badannya ketika ini.

Juara Gegar Vaganza musim ketiga itu berkata beliau mempunyai kaedah tersendiri untuk mengubah pandangan masyarakat yang sering berpendapat seseorang artis tidak boleh berbadan gempal.

“Untuk berbuat demikian, saya kena pupuk keyakinan diri agar tidak mudah berasa kecewa jika mendapat kecaman. Saya juga berehat selama tujuh bulan," kata Azharina seperti dinukil Malaysiakini.

“Pada masa sama model antarabangsa seperti Tyra Banks menjadi inspirasi saya kerana dia mampu menukar persepsi negatif kepada sesuatu yang positif dan membina keyakinan pada wanita,” tambah beliau.

Dilihat masih berisi pada fizikalnya Azharina, 33 tahun, tetap bersyukur kerana dia berjaya mengelakkan dirinya daripada mengamalkan gaya hidup tidak sihat atau mengambil barang terlarang semata-mata untuk menurunkan berat badan.

BADAN 'NAIK' DEMI SUSUKAN ANAK ANGKAT

Kongsi Azharina bersama Malaysiakini lagi, sepanjang tempoh berehat selama tujuh bulan itu juga beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada anak angkatnya, Redha Azhar Azharin, yang diambil daripada seorang ibu tunggal.

Azharina Azhar bersama anak angkatnya Redha Azharin Azhar (Gambar: Instagram/azharina_a)

Azharina bersama anak angkatnya, Redha Azhar (Gambar: Instagram/azharina_a)

Penyanyi lagu Elegi Sepi itu berkata peningkatan berat badan yang mendadak sebanyak 10 kilogram daripada berat asal 60kg berlaku disebabkan beliau mengambil hormon untuk merangsang susu badan.

Katanya langkah itu perlu sebagai sebahagian daripada keperluan Redha Azhar.

“Terlalu ramai yang menyatakan kurang senang bila melihat berat badan naik, tetapi mereka tidak faham situasi saya sebagai ibu,” katanya yang hampir genap dua bulan berhenti mengambil pil berkenaan selepas tempoh penyusuan berakhir.

Namun tambahnya, beliau tidak kisah menempuh pelbagai dugaan demi membesarkan Redha Azhar yang kini berusia 10 bulan.

Katanya beliau berbuat demikian sejak membesarkan seorang lagi anak angkatnya, Rahmat Azharin Azhar, yang kini sudah berusia 3 tahun.

Malaysiakini menukil Azharina sebagai berkata: "Keutamaan saya ialah anak. Apabila meninggal dunia nanti, anak-anak itulah yang akan mengangkat kita ke liang lahad".

Selain Redha dan Rahmat, Azharina pernah mengambil seorang lagi anak angkat, Rizqie Azharin Azhar tetapi bayi itu meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit pada Mac 2017.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan