Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ayda Jebat digelar duta 8 jenama; pikul tanggungjawab sebagai "amanah"

Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat, bersyukur kerana 2019 banyak membuka pintu rezeki kepadanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Ayda Jebat digelar duta 8 jenama; pikul tanggungjawab sebagai "amanah"

(Gambar: Ayda Jebat/Instagram)

Diterbitkan : 07 Jun 2019 09:25AM Dikemas Kini : 07 Jun 2019 09:29AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat, bersyukur kerana 2019 banyak membuka pintu rezeki kepadanya.

Tahun ini sahaja, lapor Astro Awani, beliau bergelar duta dan jurucakap mewakili lapan jenama.

"Rezeki yang datang ini saya pikul sebagai amanah dan tanggungjawab. Saya ada mewakili produk baru, ada juga yang kontraknya disambung semenjak beberapa tahun lalu.

"Syukur kerana setakat ini, klien gembira dengan komitmen yang saya berikan. Saya sangat bertuah kerana biarpun ramai pelakon wanita baru muncul bersilih ganti, rezeki memihak kepada saya.

"Rezeki yang hadir membuatkan saya rasa sangat berterima kasih dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan, Alhamdulillah," kata Ayda semasa ditemui Astro Awani.

Menjaga diri daripada terpalit dengan kontroversi, Ayda mahu mengelak dari berita sensasi yang berbaur negatif.

"Kontroversi itu ada baiknya, ia menaikkan nama tetapi harus diingat, ia juga memberikan kesan buruk. Selagi saya boleh elak, saya akan cuba elakkan.

"Malah, jika ada yang bertanya apa rutin harian Ayda Jebat, pastinya mereka jarang melihat saya menghabiskan masa di pusat beli-belah atau tempat awam jika mempunyai waktu senggang.

"Bukan mahu berlagak diva atau sebaliknya tetapi saya menggunakan masa lapang untuk berehat di rumah bersama keluarga. Tambahan pula, saya harus menjaga nilai eksklusiviti sebagai wajah kepada jenama yang saya wakili," jelas Ayda.

Ayda ditemui di majlis berbuka puasa bersama kelab peminat AJSreamer di Bizmilla Subang, Selangor, baru-baru ini. Di majlis tersebut Ayda meraikan anak-anak yatim selain meluangkan masa dengan peminat.

"Sambil berpeluang menghabiskan masa dengan peminat, saya juga dapat mendekatkan diri dengan anak-anak yatim sempena kehadiran Ramadan dan Syawal.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat melakukan sesuatu yang baik bersama peminat dan berharap agar ia dapat dilakukan lagi di masa akan datang," ujarnya menutup bicara.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan