Images
  • tampines hub gemilang raya
    Poster konsert 'Gemilang Raya' Hab Tampines Kita. (Gambar: Hab Tampines Kita)

Awie, Hady Mirza & Marcell serikan 'Gemilang Raya' Hab Tampines Kita

SINGAPURA: Hab Tampines Kita - hab masyarakat dan gaya hidup bersepadu terbesar di Singapura - akan mengadakan Konsert Gemilang Raya 2019.

Konsert hebat ini akan berlangsung pada Ahad, 30 Jun 2019, bermula jam 8.00 malam.

Buat julung-julung kalinya di Singapura, konsert selama dua jam ini akan menampilkan tiga bintang hebat dari rantau ini - Hady Mirza dari Singapura, Awie dari Malaysia dan Marcell Siahaan dari Indonesia. Tiga penyanyi nusantara itu akan membuat persembahan merentasi beberapa genre - termasuk Rock, Jazz dan Balada.

Konsert itu bertujuan untuk menyatukan masyarakat Melayu/Islam tempatan agar dapat sama-sama menikmati persembahan eksklusif daripada artis-artis popular yang membuat persembahan di estet kejiranan mereka.

Ini diharap akan mengeratkan lagi silaturrahim antara sanak saudara serta rakan-rakan sempena Lebaran.

Konsert itu juga akan menampilkan bakat muda Singapura, Syakirah Noble, naib juara Anugerah 2017 anjuran stesen televisyen Mediacorp Suria. Beliau akan berduet dengan Marcell.

Tiket-tiket berharga S$10 setiap satu boleh dibeli dari Pusat Khidmat Awam di Hab Tampines Kita dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari.

Hanya bayaran tanpa tunai untuk membeli tiket bagi konsert dua jam ini.

- BERITAmediacorp/zm

Top