Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Awi Rafael, Atikah Suhaime bakal nikah 15 Mac 2019

Pasangan selebriti dari Singapura, Awi Rafael dan Atikah Suhaime bakal mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Awi Rafael, Atikah Suhaime bakal nikah 15 Mac 2019

Gambar: @therealatikahsuhaime/Instagram

Diterbitkan : 18 Mar 2018 02:34PM Dikemas Kini : 18 Mar 2018 02:38PM

PETALING JAYA: Pasangan selebriti dari Singapura, Awi Rafael dan Atikah Suhaime bakal mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2019.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh pihak pengurusan Awi, Warner Music Malaysia selepas pasangan itu selamat bertunang semalam (17 Mac).

"Kami dari pihak pengurusan Awi Rafael (Warner Music Malaysia) ingin memaklumkan bahawa Awi dan Atikah Suhaime telah selamat melangsungkan pertunangan pada 17 Mac 2018 di sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga rapat di Royal Palm Central, Clarke Quay, Singapura.

"Ikatan tali pertunangan mereka diikatkan selama setahun dan majlis perkahwinan akan berlangsung sekitar bulan Mac 2019.

"Majlis resepsi akan diadakan di Singapura dan Kuala Lumpur juga," maklum Warner Music Malaysia kepada Astro Gempak.

Menurut laporan Harian Metro, Atikah dan Awi bakal bernikah pada 15 Mac 2019 sempena tarikh ulang tahun kelahiran pelakon wanita itu.

Berita pertunangan yang mengejutkan banyak pihak itu semalam diumumkan Atikah sendiri melalui catatan di Instagram.

Atikah, 27, memuat naik video yang menunjukkan beliau dengan sepasang gaun biru disarungkan sebentuk cincin oleh ibu Awi di atas pelamin.

Pasangan itu sudahpun berkenalan lebih lima bulan lalu dan masing-masing mencipta nama di Malaysia menerusi karya lakonan dan nyanyian yang tidak kurang hebatnya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan