Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aweera 'angkat kaki' dari kugiran Prime Domestic

Penyanyi Aweera mendedahkan bahawa beliau sudah mengundurkan diri daripada kugiran Prime Domestic sejak bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Aweera 'angkat kaki' dari kugiran Prime Domestic

Penyanyi Aweera. (Gambar: aweera_official/Instagram)

Diterbitkan : 15 Aug 2018 05:46PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 05:51PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Aweera mendedahkan bahawa beliau sudah mengundurkan diri daripada kugiran Prime Domestic sejak bulan lalu.

Menurut laporan agensi berita Astro AWANI, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 26 tahun, berkata bahawa beliau cuba merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan peminat, namun malangnya ia sudah diperkatakan ramai pihak.

"Ya, saya menarik diri daripada kumpulan Prime Domestic sejak sebulan lalu.

"Ia bermula dengan penarikan diri Hillary Ang (pemain gitar) dan Fauzi (pemain bass) dan kemudian baru disusuli oleh saya," kata beliau.

Astro AWANI menukil Aweera sebagai mengatakan: "Saya sebenarnya berat nak mengulas kerana Abang Joe sebagai ketua kumpulan dan pengasas Prime Domestic lebih layak bercakap.

"Mungkin Abang Joe akan buat sidang media khas menjelaskannya dan terserah kepadanya," katanya.

Astro AWANI melaporkan bahawa Aweera juga enggan menjelaskan cerita pengundurannya dan menganggap rezekinya tiada bersama kumpulan itu.

"Saya tak nak bergaduh dengan mana-mana pihak. Buat masa ini, saya selesa bergerak solo dalam karier.

"Saya pernah dua kali bergerak bersama kumpulan dan selepas ini, hanya berminat nak buat projek khas bersama mana-mana pihak," katanya.

Prime Domestic menjadi tumpuan peminat kerana tampil dengan pemuzik hebat dalam industri seni Malaysia, iaitu Joe, Hillary, Fauzi, Ainol dan Aweera.

Joe dan Ainol adalah anggota yang masih lagi menyertai Prime Domestic.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan