Images
  • avengers
    Pelakon-pelakon 'Avengers: Endgame', Jeremy Renner and Brie Larson, semasa wawancara bersama Mediacorp di Seoul. (Gambar: Mediacorp) 

'Avengers: Endgame' sisipkan mesej nasionalisme

SEOUL: Barisan pelakon dan pengarah filem 'Avengers: End Game' berada di Seoul, Korea Selatan, pada Isnin (15 Apr) bagi sidang media Asia untuk mempromosikan filem terbaru terbitan Marvel Studios itu.

Semasa sidang media tersebut, pengarah Joe Russo mendedahkan filem 'Avengers: End Game' menyisipkan mesej-mesej terhadap individualisme dan nasionalisme.

Beliau disertai pembantu pengarah Anthony Russo serta beberapa pelakon seperti Robert Downey Jr. dan Brie Larson.

 Pelakon 'Captain Marvel' Brie Larson, yang juga tampil beraksi dalam filem wirawati tunggal pertama terbitan Marvel, berkata wataknya melambangkan kepentingan kesamarataan.

Filem 'Avengers: End Game' djangka berada di pawagam-pawagam di Korea Selatan pada 24 April ini, dua hari sebelum siarannya di Amerika Syarikat.

- REUTERS/HZ/fz

Top