Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Avengers: Endgame sah filem raih kutipan tertinggi dalam sejarah

Filem adiwira Marvel Studios Avengers: Endgame akan menjuarai carta panggung dunia menjelang Ahad (21 Jun), menurut pengedar Walt Disney Co.

Anggaran Waktu Membaca:
Avengers: Endgame sah filem raih kutipan tertinggi dalam sejarah

'Avengers: Endgame' ditayangkan semula dengan kandungan tambahan pada 1 Julai. (Gambar: Marvel Studios)

Diterbitkan : 21 Jul 2019 04:24PM Dikemas Kini : 21 Jul 2019 04:27PM

AMERIKA SYARIKAT: Filem adiwira Marvel Studios Avengers: Endgame akan menjuarai carta panggung dunia menjelang Ahad (21 Jun), menurut pengedar Walt Disney Co.

Hasil penjualan tiket Endgame dijangka mengatasi kutipan AS$2.789 bilion (S$3.79 bilion) sedunia diraih filem cereka sains karya James Cameron, 'Avatar' pada 2009. Disney mengumumkan demikian dalam satu kenyataan di acara Comic-Con San Diego di mana syarikat itu turut mengumumkan barisan filem baru yang boleh dijangkakan.

Filem arahan pasangan adik-beradik Anthony dan Joe Russo, Endgame dimainkan di pawagam selama 13 minggu dan menjadi satu fenomena gergasi panggung. Ia merupakan penutup cerita yang dikisahkan dalam 22 filem Marvel yang menjadi pujaan penonton selama sedekad di pawagam.

Filem tersebut antaranya dibintangi Robert Downey Jr., Chris Hemsworth dan Scarlett Johansson sebagai sekumpulan adiwira yang menentang watak jahat Thanos dijayakan Josh Brolin.

Presiden Marvel Studios Kevin Feige memberitahu para peminat di Comic-Con bahawa Endgame dijangka mencatat kutipan pecah panggung, namun beliau turut menjangkakan filem itu akan kalah pada karya Cameron yang akan datang.

Cameron dijadual menerbitkan empat filem susulan Avatar mulai Disember 2021. Disney tahun ini memperolehi francais Avatar menerusi pembelian aset filem dan TV dari 21st Century Fox milik Rupert Murdoch.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan