Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Atikah Suhaime fokus kerjaya, terus berkawan dengan Awie meski tiada jodoh

Tidak jadi berkahwin bukan sebab untuk Atikah Suhaime terus bersedih dan meratapi nasibnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Atikah Suhaime fokus kerjaya, terus berkawan dengan Awie meski tiada jodoh

Gambar: Atikah Suhaime/Instagram

Diterbitkan : 08 Jun 2019 10:09AM Dikemas Kini : 08 Jun 2019 10:17AM

KUALA LUMPUR: Tidak jadi berkahwin bukan sebab untuk Atikah Suhaime terus bersedih dan meratapi nasibnya.

Sebaliknya, wanita kelahiran Singapura itu bangkit meneruskan kehidupan dan mengembangkan bakat lakonannya seperti biasa.

Berpeluang melebarkan kerjaya seni di Indonesia sepanjang tahun lalu, Atikah gembira kehadirannya diterima baik di sana, lapor Harian Metro.

Filem lakonan Atikah, Kajeng Kliwon bakal menemui peminat di negara itu pada bulan Ogos.

Mengulas lanjut, Atikah menzahirkan rasa syukur dapat meluaskan kerjaya di Singapura, Malaysia dan Indonesia.

“Syukur, saya berjaya masuk ke persada seni Indonesia atas usaha sendiri. Jika tahun lalu saya giat di Indonesia, tahun ini sasaran saya Malaysia pula.

“Saya mahu terus sibukkan diri dengan bekerja. Dengan cara itu sekurang-kurangnya saya dapat melupakan kisah sedih dalam hidup,” katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi mengenai hubungannya dengan Awie Rafael, Atikah mengakui mereka masih berhubung hingga ke hari ini.

Menurut Atikah tidak jadi berkahwin bukan bermakna mereka perlu bermusuhan.

“Kami sudah berkawan selama tujuh tahun dan ia tempoh yang lama. Walaupun tidak ada jodoh sebagai suami isteri kami tetap berkawan seperti biasa.

“Tidak ada sebab untuk kami bermusuhan apatah lagi kami berada dalam bidang sama,” katanya.

Tidak pernah menutup pintu hati untuk mencari pengganti, Atikah tidak menolak jodohnya dengan mana-mana lelaki.

Baginya, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah dan sudah ditetapkan oleh Allah, lapor Harian Metro.

“Saya tidak pernah menutup pintu hati selepas apa yang berlaku. Saya sentiasa terbuka dan tidak menolak jika ada jodoh lagi.

“Insya Allah, sudah diciptakan seseorang untuk saya cuma masa yang akan mempertemukan kami,” katanya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan