Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Artis rap Kanye West umum tanding pilihan raya presiden AS

Artis rap Amerika Syarikat Kanye West, penyokong lantang Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, pada Sabtu (4 Jul) mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden 2020, yang dilhat sebagai cabaran terhadap Encik Trump dan pesaingya bekas Naib Presiden Joe Biden, calon Demokrat.

Anggaran Waktu Membaca:
Artis rap Kanye West umum tanding pilihan raya presiden AS

Gambar fail KAnye West (Gambar: REUTERS/Kevin Lamarque)

Diterbitkan : 05 Jul 2020 05:29PM Dikemas Kini : 05 Jul 2020 05:41PM

WASHINGTON: Artis rap Amerika Syarikat Kanye West, penyokong lantang Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, pada Sabtu (4 Jul) mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden 2020, yang dilhat sebagai cabaran terhadap Encik Trump dan pesaingya bekas Naib Presiden Joe Biden, calon Demokrat.

"Kita kini mesti menjadikan janji Amerika satu kenyataan dengan meyakini Tuhan, menyatukan visi kita dan membangunkan masa depan kita. Saya akan bertanding bagi jawatan presiden Amerika Syarikat," tulis West dalam catatan di Twitter, berserta emoji bendera Amerika dan tanda pagar "#2020VISION".

Tidak segera diketahui sama ada West serius ingin bertanding bagi jawatan presiden empat bulan sebelum pilihan raya pada 3 November atau jika beliau telah menyerahkan sebarang dokumen rasmi untuk bertanding dalam pengundian negeri.

Tarikh akhir untuk menambah calon-calon bebas bagi pengundian belum lagi diluluskan di banyak negeri.

West dan isterinya yang juga personaliti terkenal Kim Kardashian West pernah mengunjungi Encik Trump di Rumah Putih.

Pada satu pertemuan pada Oktober 2018, West memberi satu ucapan penuh dengan kata-kata kesat yang mana beliau membincangkan alam semesta alternatif dan diagnosisnya mengenai gangguan bipolar, yang menurutnya sebenarnya adalah masalah kurang tidur.

Elon Musk, ketua eksekutif syarikat pembuat kereta elektrik Tesla, yang merupakan seorang lagi selebriti yang dikenali kerana kenyataan-kenyataannya yang aneh, menyokong ciapan Twitter West: "Anda mendapat sokongan penuh saya!" tulis Musk.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan