Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Artis diselubungi kontroversi Namewee serah diri kepada polis bagi siasatan ke atas filem 'Babi'

Artis diselubungi kontroversi Namewee serah diri kepada polis bagi siasatan ke atas filem 'Babi'.

Anggaran Waktu Membaca:
Artis diselubungi kontroversi Namewee serah diri kepada polis bagi siasatan ke atas filem 'Babi'

Namewee. (Gambar: AP Photo/ Billy Dai)

Diterbitkan : 22 Mar 2021 06:13PM Dikemas Kini : 22 Mar 2021 06:15PM

KUALA LUMPUR: Baru sahaja selesai menjalani kuarantin, artis kontroversi Malaysia, Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee, menyerah diri di balai polis Dang Wangi di tengah Kuala Lumpur hari ini (22 Mac).

Menerusi catatan Facebook pagi tadi, Namewee berkata ini kali kelapan beliau mengambil inisiatif untuk memberikan kerjasama kepada polis sepanjang kerjayanya sebagai pemuzik dan penerbit filem.

"Saya tidak pernah cuba melarikan diri meskipun saya tahu saya cuma rakyat biasa dan saya tidak kuat untuk melawan tekanan dari negara ini," tulis beliau.

"Namun saya tahu satu perkara bahawa saya rakyat Malaysia, saya sayang Malaysia dan saya harap Malaysia juga menyayangi saya."

Beliau menambah jika tiada maklumat daripadanya sebelum tengah malam nanti bermakna beliau sudah ditahan berdasarkan pengalaman sebelum ini.

Aduan polis dibuat sebelum ini ke atas Namewee disebabkan filem "Babi", arahannya.

Terdapat dakwaan bahawa filem itu mengandungi unsur-unsur perkauman yang mencalar imej Malaysia.

Namun Namewee, ketika itu berada di Taiwan, dan hanya pulang untuk menjalani kuarantin COVID-19 pada 14 Mac.

Selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Namewee berkata beliau diburu pihak berkuasa.

Beliau kemudian dibawa ke balai polis di lapangan terbang dan menjalani kuarantin di sebuah hotel.

Filem "Babi", yang ditayangkan tahun lalu, mengisahkan keganasan di sebuah sekolah menengah di daerah selatan Malaysia pada tahun 2000, menurut video penjelasan oleh Namewee.

Selain itu, Namewee berkata sebagai pengarah filem, beliau mahu memberikan mesej penting tentang perpaduan dan sikap tolak ansur.

"Saya ikhlas berharap agar setiap kaum di Malaysia boleh bersatu dan boleh hidup harmoni dan bukan berpecah-belah serta menyebabkan konflik dalaman," kata beliau.

Pada bulan Disember tahun lalu, persatuan Seniman membuat aduan terhadap filem tersebut.

Langkah itu diambil selepas sayap belia parti Perikatan Nasional membuat aduan terhadap filem itu pada bulan sebelumnya.

Filem itu menerima beberapa pencalonan dalam festival filem antarabangsa seperti Golden Horse Awards di Taiwan, Festival Filem Antarabangsa Bangkok dan Festival Filem Antarabangsa Around di Berlin.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan