Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ariana Grande taja AS$2 juta bantu tangani kesihatan mental

Penyanyi Amerika Syarikat Ariana Grande memberi peluang kepada sesiapa sahaja di dunia untuk menjalani terapi menerusi aplikasi dan portal kaunseling online BetterHelp selama sebulan, secara percuma.

Anggaran Waktu Membaca:
Ariana Grande taja AS$2 juta bantu tangani kesihatan mental

(Gambar: Instagram/Ariana Grande)

Diterbitkan : 01 Jul 2021 10:08PM Dikemas Kini : 01 Jul 2021 10:15PM

AMERIKA SYARIKAT: Penyanyi Amerika Syarikat Ariana Grande memberi peluang kepada sesiapa sahaja di dunia untuk menjalani terapi menerusi aplikasi dan portal kaunseling online BetterHelp selama sebulan, secara percuma.

Artis berusia 26 tahun itu menulis di Instagram untuk mengumumkan kerjasamanya dengan wadah online yang berpangkalan di AS itu. Menurutnya bantuan terapi tidak sepatutnya dikhususkan hanya bagi sebilangan orang yang mewah, tetapi sesuatu yang dapat diakses oleh semua. BetterHelp membantu individu menangani pelbagai isu kesihatan mental, termasuk kemurungan, ketagihan, trauma, konflik keluarga, rasa resah dan soal harga diri.

Walaupun akur sesi terapi selama sebulan "tidak dapat menyelesaikan masalah itu dalam jangka panjang", beliau menambah: "Saya benar-benar ingin melakukan ini dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada anda untuk mencuba, untuk merasakan bahawa tidak salah untuk meminta bantuan, dan mudah-mudahan membebaskan fikiran anda dari sebarang rasa stigma apabila meminta bantuan."

Jumlah diperuntukkan bagi kerjasama Ariana x BetterHelp awalnya ditetapkan pada AS$1 juta namun pengumuman itu mendapat sambutan begitu hangat sehingga Grande menggandakannya kepada AS$2 juta (S$2.69 juta) tidak lama kemudian.

Mereka yang sudah mendaftar untuk tempoh sebulan itu boleh meneruskan terapi bagi bulan kedua dengan potongan harga 15 peratus, kata Grande.

Penyanyi oti sebelum ini pernah berkongsi secara terbuka tentang isu kesihatan mental yang beliau sendiri hadapi, khususnya, gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) setelah serangan pengganas pada 2017 semasa konsert beliau di Manchester, United Kingdom.

Mereka yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian di pautan ini dan menjawab beberapa siri soalan. Berdasarkan jawapan anda, platform tersebut akan menilai keperluan anda dan memadankan anda dengan seorang ahli terapi yang sesuai.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan