Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Arab Saudi mula anjurkan perlawanan gusti wanita WWE

Arab Saudi kini sudah menganjurkan gusti wanita pula sebagai sebahagian daripada dasar keterbukaannya. Perlawanan gusti wanita pertama di Arab Saudi itu dianjurkan pada Khamis (31 Okt) di Stadium Raja Fahd.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi mula anjurkan perlawanan gusti wanita WWE

Ahli gusti WWE Natalya dan Lacey Evans bergasak dalam perlawanan di Arab Saudi pada 31 Okt 2019 (Gambar: Fayez Nureldine/AFP)

Diterbitkan : 02 Nov 2019 12:16AM Dikemas Kini : 02 Nov 2019 12:23AM

RIYADH: Arab Saudi kini sudah menganjurkan gusti wanita pula sebagai sebahagian daripada dasar keterbukaannya. Perlawanan gusti wanita pertama di Arab Saudi itu dianjurkan pada Khamis (31 Okt) di Stadium Raja Fahd.

Bintang World Wrestling Entertainment Inc (WWE), Natalya dan Lacey Evans bergasak di acara berbayar itu yang turut menampilkan perlawanan antara bekas juara tinju Tyson Fury dengan Braun Strowman.

Laman CBS Sports melaporkan Fury, dalam perlawanan gusti pertama dalam kerjayanya, berjaya mengatasi Strowman. Manakala Evans pula dikalahkan oleh Natalya.

Namun keputusan perlawanan antara Natalya dan Evans bukan menjadi tumpuan sesetengah media - sebaliknya yang menjadi tajuk perbualan adalah pakaian kedua-dua atlit gusti itu.

CBS News melaporkan kedua-duanya bergusti dengan memakaikan 'legging' panjang dan kemeja-T yang tidak menampakkan tubuh badan, satu perbezaan ketara berbanding kostum mencolok mata yang biasa mereka gayakan dalam perlawanan WWE lain.

Acara pada Khamis itu adalah sebahagian usaha Arab Saudi untuk mengembangkan industri hiburannya.

Putera Mahkota Muhammad Bin Salman baru-baru ini memperkenalkan pelbagai perubahan termasuk membenarkan konsert, pembukaan semula pawagam dan membenarkan wanita memandu.

Pembangunan sektor pelancongan dan hiburan adalah antara asas utama Visi 2030 beliau untuk mempersiapkan ekonomi Arab Saudi menghadapi era pascaminyak.

Antara langkah lain yang diperkenalkan Arab Saudi adalah pengeluaran visa pelancong yang diumumkan pada Ogos tahun ini.

Sumber : AFP/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan