Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

AR Badul meninggal dunia? Itu tidak benar

Berita tentang kematian pelakon, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul adalah tidak benar. Khabar angin itu sempat bertiup kencang selepas beliau dilaporkan terkena serangan jantung pada minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
AR Badul meninggal dunia? Itu tidak benar

(Gambar: Dadidu AR Badul)

Diterbitkan : 23 Feb 2019 02:41PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 02:43PM

MALAYSIA: Berita tentang kematian pelakon, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul adalah tidak benar. Khabar angin itu sempat bertiup kencang selepas beliau dilaporkan terkena serangan jantung pada minggu lalu.

Malah, pelawak itu sendiri berkata bahawa dirinya kini beransur pulih.

"Biasalah apabila kita artis, orang ingat mereka boleh kata apa sahaja yang mereka suka tanpa mengetahui cerita sebenar sehingga sanggup menyebarkan berita palsu," kata AR Badul kepada mStar Online.

"Alhamdulillah, saya semakin sihat... Saya ada je di rumah dan sudah dibenarkan keluar hospital," tambahnya.

Beberapa media tempatan melaporkan seorang pengguna Facebook, Mohammad Zidi, memuat naik satu catatan yang menyatakan pelakon itu sudah menghembuskan nafas terakhir. Berita itu kemudian tular dan turut dikongsi secara meluas menerusi kiriman WhatsApp.

Akibat berita palsu itu, mStar Online diberitahu bahawa ramai yang mengunjungi AR Badul. Beliau juga tidak putus-putus menerima panggilan telefon daripada mereka yang ingin mendapatkan kepastian.

AR Badul bagaimanapun tidak merancang untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan fitnah tersebut. Namun, beliau tetap mengatakan dirinya berasa kesal kerana menyifatkan isu kematian sebagai bukan bahan jenaka.

"Kesal itu tetap ada tetapi tidak mengapalah dia akan menerima balasan atas perbuatannya sendiri suatu hari nanti," ujarnya.

Mengulas lebih lanjut tentang kesihatannya, AR Badul mengatakan bahawa beliau akan menjalani rawatan susulan pada 4 Mac nanti. Beliau didapati mengalami masalah salur jantung tersumbat.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan