Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Apabila dua tokoh daripada dua dunia berbeza bertemu

Jarang sekali dapat menyaksikan dua tokoh daripada dua 'dunia' berbeza bertemu dan bertentang mata dalam suatu masa.

Anggaran Waktu Membaca:
Apabila dua tokoh daripada dua dunia berbeza bertemu

Encik Anwar Ibrahim bertemu dengan M. Nasir di pejabatnya di Bukit Gasing, pada Khamis (23 Ogos). (Gambar: Anwar Ibrahim/Facebook)

Diterbitkan : 25 Aug 2018 12:23AM Dikemas Kini : 25 Aug 2018 12:27AM

KUALA LUMPUR: Jarang sekali dapat menyaksikan dua tokoh daripada dua 'dunia' berbeza bertemu dan bertentang mata dalam suatu masa.

Namun, itulah yang dapat disaksikan apabila pemimpin politik Malaysia, Anwar Ibrahim, bertemu dengan penyanyi dan komposer terkenal, M Nasir.

Agensi berita Malaysiakini menukil sumber dari pejabat Encik Anwar sebagai mengatakan bahawa presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dengan M. Nasir di pejabatnya di Bukit Gasing, pada Khamis (23 Ogos).

Gambar-gambar pertemuan itu turut dimuat naikkan ke laman Facebook rasmi Encik Anwar.

"Tadi siang (23 Ogos) Anwar Ibrahim luang masa bersama M. Nasir, nama besar yang bukan asing dalam lapangan muzik tanah air.

"Lagu beliau berjudul ‘Bila Rumi Menari’ yang berirama rancak dan sarat dengan mesej cinta dan falsafah itu ternyata memberi kesan yang mendalam pada AI (Anwar Ibrahim)," kata keterangan pada gambar-gambar berkenaan.

Malayasiakini difahamkan bahawa selain M. Nasir, komposer terkenal S. Amin Shahab turut bersama dalam pertemuan berkenaan.

"Semoga mereka terus kreatif berkarya dan terus mewarnai industri muzik tanah air," menurut kenyataan di laman Facebook Encik Anwar.

Terkenal dengan julukan sifu di kalangan penggiat seni, M Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad merupakan personaliti yang cukup gah dalam industri hiburan Malaysia.

Selain penyanyi dan komposer, beliau juga merupakan seorang pelakon, penerbit album, pengarah serta pelukis berbakat.

Sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan, M Nasir sudah banyak melahirkan bintang terkenal sama ada secara berkumpulan mahupun solo seperti Search, Wings, Alleycats, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi dan Misha Omar.

Manakala dalam dunia politik pula, nama Encik Anwar tidak perlu lagi diperkenalkan sama ada di peringkat nasional mahupun di persada antarabangsa.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik - pernah menjadi individu nombor dua dalam kerajaan sebelum tersingkir ke penjara - serta menjadi tokoh utama gerakan reformasi dan pembangkang, lapor Malaysiakini.

Encik Anwar juga merupakan mentor kepada ramai pemimpin politik hari ini. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan