Images
  • anzalna
    Anzalna Nasir dan suaminya memilih nama anak, Mohamad Eidrees. (Gambar: Instagram/Anzalna Nasir)

Anzalna umum nama anak sulung; sempena musim perayaan dan nama Nabi

BERITAmediacorp: Pelakon Anzalna Nasir yang selamat melahirkan bayi sulungnya pada 31 Mei, akhirnya berkongsi nama cahaya mata beliau dalam satu catatan di laman Instagram pada Sabtu (8 Jun).

Nama anaknya, Mohamad Eidrees Mohamad Hanif, dipetik daripada gabungan 'Eidulfitr' dan 'Idrees', berdasarkan nama Nabi Idris.

Pengumuman tersebut juga dibuat selepas acara tahnik anaknya itu pada hari ke-7 kelahirannya.

Dalam satu lagi catatan di Instagram, Anzalna berkongsi: "Sampai sekarang, masih tak percaya dah ada anak sendiri. Sebelum ni asyik main dengan anak orang saja."

Antara rakan artis yang berkongsi kegembiraan di ruangan komen atas kehadiran cahaya matanya termasuk Lisa Surihani, Fazura dan Uyaina Arshad.

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, 31, bernikah dengan Hanif, 31, pada 21 Februari 2016.

- BERITAmediacorp/im

Top