Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anzalna Nasir bakal timang anak lelaki!

Pelakon manis seberang tambak, Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki bakal menerima kehadiran cahaya mata lelaki.

Anggaran Waktu Membaca:
Anzalna Nasir bakal timang anak lelaki!

Anzalna Nasir. (Gambar: anzalnanasir88/Instagram)

Diterbitkan : 26 Apr 2019 09:15AM Dikemas Kini : 26 Apr 2019 09:21AM

KUALA LUMPUR: Pelakon manis seberang tambak, Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki bakal menerima kehadiran cahaya mata lelaki.

Anzalna, yang sedang sarat hamil tujuh bulan berkata bahawa bayi lelaki itu bakal dilahirkan pada Jun ini.

Astro Gempak melaporkan bahawa ini merupakan kehadiran bayi lelaki pertama dalam keluarga Anzalna.

"Semenjak 1993, bapa saya menunggu anak lelaki kerana adik beradik saya semuanya perempuan.

"Cucu lelaki juga belum dapat lagi kerana sebelum ini, kakak saya sudah melahirkan tiga anak perempuan.

"Sebenarnya, saya dan suami tak kisah jantina anak kami, asalkan bayi yang bakal dilahirkan sihat walafiat," katanya.

Jantina anak sulung Anzalna yang juga duta eksklusif NR diumumkan di majlis pelancaran produk Ommey dan Baby Gender Reveal di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Khamis (25 Apr).

Menurut Astro Gempak, Anzalna berharap proses bersalin anak pertamanya dipermudahkan.

"Akhirnya, kami mendapat rezeki dari Allah, saya bakal melahirkan anak lelaki. Alhamdulillah.... Saya mohon doa semua pihak agar proses kelahiran dipermudahkan," katanya lagi.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta, lapor Astro Gempak lagi.

Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, Anzalna mengumumkan beliau sedang hamil pada awal Januari lalu.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan