Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anwar Ibrahim nyanyi bersama Alleycats

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim memberi satu kejutan kepada para tetamu yang hadir di Majlis Malam Gala parti itu semalam (13 Jan) dengan menunjukkan bakat menyanyinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim nyanyi bersama Alleycats

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim bernyanyi bersama Alleycats. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 14 Jan 2019 12:32PM Dikemas Kini : 14 Jan 2019 12:38PM

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim memberi satu kejutan kepada para tetamu yang hadir di Majlis Malam Gala parti itu semalam (13 Jan) dengan menunjukkan bakat menyanyinya.

Malaysiakini melaporkan semasa majlis itu, penyanyi kugiran Alleycats, David Arumugam, mempelawa Encik Anwar naik ke atas pentas untuk sama-sama menyanyikan lagu 'Sampaikan Salam Cintaku'.

"Di mana presiden PKR? Saya tahu anda tahu lagu ini” tanya David sambil mempelawa Encik Anwar ke atas pentas. Lagu 'Sampaikan Salam Cintaku' pernah menjadi lagu 'hit' suatu ketika dulu.

Tidak ingin menghampakan permintaan David, Encik Anwar menyahut cabaran itu dan berjaya menyanyikan lagu tersebut. Awal sebelum itu, David turut memuji sikap santai Encik Anwar sebaik melihat beliau berjalan menuju ke arah pentas, lapor Malaysiakini.

Persembahan oleh ahli politik itu dan penyanyi legenda berkenaan diiringi oleh Dasya Logan, anak perempuan mendiang Loganathan Arumugam, yang juga pernah menjadi salah seorang penyanyi utama Alleycats.

Menurut laporan itu, Majlis Malam Gala PKR diadakan sempena pelantikan Encik Anwar selaku presiden baru PKR.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari serta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr. Xavier Jayakumar, dan Menteri Kerja Raya Baru Bian. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan