Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anuar Zain mahu beli ‘insurans suara’

Pernah dihantui pengalaman kehilangan suara, Anuar Zain menyatakan hasrat membeli insurans sekiranya beliau menghadapi masalah sama di masa depan, menurut laporan Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
Anuar Zain mahu beli ‘insurans suara’

Gambar: Anuarzainnetwork/Instagram

Diterbitkan : 03 Feb 2018 08:58AM Dikemas Kini : 03 Feb 2018 09:06AM

KUALA LUMPUR: Pernah dihantui pengalaman kehilangan suara, Anuar Zain menyatakan hasrat membeli insurans sekiranya beliau menghadapi masalah sama di masa depan, menurut laporan Malaysiakini.

Memandangkan polisi insurans seumpama itu tiada di Malaysia, Anuar Zain berkata beliau sanggup berusaha mendapatkan insurans berkenaan sekalipun perlu keluar negara.

“Insurans suara menjadi keutamaan saya. Saya sedang pertimbangkan untuk mengambil insurans seperti itu dari luar seperti Singapura atau Thailand, saya pernah cuba mendapatkannya di sini tetapi tiada.

“Saya mungkin bukan penyanyi terbaik tetapi ini adalah career dan pekerjaan yang dilakukan seumur hidup, justeru harus bertanggungjawab kepada peminat,” katanya yang menggesa penyanyi lain turut mengambil langkah berjaga-jaga.

Pemilik nama penuh Shahrul Anuar Zain, 47, itu ditemui di sidang media Konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert di Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut laporan Malaysiakini , tiga acara terpaksa dibatalkan tahun lalu akibat masalah dihadapi Anuar Zain. Antaranya termasuk Konsert Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You yang sepatutnya berlangsung pada 21 Jan 2017.

Artis terkenal Hollywood, Mariah Carey antara penyanyi yang pernah membeli polisi insurans bagi peti suaranya untuk nilai AS$35 juta (S$46 juta) ketika sedang menjalankan konsert jelajah dunia dua tahun lalu.

Selain Mariah Carey, Bruce Springsteen juga turut berbuat demikian dengan nilai polisi berjumlah AS$6 juta (S$8 juta).

Bagaimanapun, peminat tidak perlu khuatir dengan masalah dihadapi adik kepada penyanyi Ziana Zain itu kerana beliau sudah mendapat kelulusan pakar untuk kembali beraksi sepenuhnya, menurut laporan Malaysiakini.

Anuar Zain akan menyalurkan tenaganya sehabis baik buat konsert sulung tahun ini iaitu Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert yang bakal diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 24 April depan.

“Akan ada acara lain disusuli selepas ini, insyallah. Ini konsert pertama. Alhamdulillah dapat berkolaborasi dengan Bunga Cinta Lestari dan Yuka Kharisma. Jarang saya berkolaborasi dan kongsi pentas dengan bakat macam ini.

“Tawaran itu diterima kerana berharap dapat belajar perkara berbeza dari yang biasa saya lakukan seperti teknik nyanyian dan cara berinteraksi untuk membeli jiwa peminat,” katanya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan