Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Annuar Musa nafi pandang isu gangguan seksual dalam industri hiburan sebagai remeh

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengambil berat mengenai isu gangguan seksual dalam industri seni tanah air dan menyifatkan ia bukan isu remeh. Menterinya Annuar Musa berkata malah isu tersebut merupakan kesalahan jenayah.

Anggaran Waktu Membaca:
Annuar Musa nafi pandang isu gangguan seksual dalam industri hiburan sebagai remeh

Annuar Musa. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Nov 2021 05:56PM Dikemas Kini : 21 Nov 2021 05:57PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengambil berat mengenai isu gangguan seksual dalam industri seni tanah air dan menyifatkan ia bukan isu remeh.

Menterinya Annuar Musa berkata malah isu tersebut merupakan kesalahan jenayah.

"Isu ini tidak akan terungkai dengan melemahkan mana-mana pihak, sebaliknya memerlukan gemblengan tenaga setiap pihak, baik media mahupun pihak berkuasa dan mereka yang terlibat," katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini (21 Nov) yang dikeluarkan bagi menjelaskan laporan sebuah akhbar tempatan.

Encik Annuar berkata laporan akhbar berkenaan pandangannya berkenaan gangguan seksual itu disalah tafsir dan tidak mencerminkan pendirian beliau.

"Saya menerima mesej Whatsapp daripada seorang wartawan (akhbar tersebut) untuk menemu duga saya.

"Beliau mencadangkan tajuk gangguan seksual dalam industri seni tanah air tetapi saya mencadangkan agar temu bual itu membincangkan fokus utama saya masa ini iaitu pembangunan industri bagi membantu penggiat seni negara," katanya yang telah memaklumkan hal tersebut kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, akhbar tempatan Utusan Malaysia melaporkan menteri KKMM itu sebagai menasihatkan pemain dalam industri seni Malaysia agar tidak memperbesarkan isu gangguan seksual.

“Saya rasa isu itu tak perlu diperbesarkan. Fokus pada perkara positif daripada kes-kes terpencil,” media itu melaporkan Encik Annuar sebagai berkata. 

Sumber : Bernama/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan