Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anita Sarawak sakit barah? peminat nampak raut wajahnya "seperti orang sakit"

Selepas tujuh tahun hilang dari dunia seni, khabar terbaru mengenai Anita Sarawak melaporkan beliau sedang menjalani rawatan penyakit barah di Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
Anita Sarawak sakit barah? peminat nampak raut wajahnya "seperti orang sakit"

Anita Sarawak. (Gambar: dari laman Facebook peminat/Anita Sarawak)

Diterbitkan : 01 Jun 2018 12:06AM Dikemas Kini : 01 Jun 2018 12:16AM

MALAYSIA: Selepas tujuh tahun hilang dari dunia seni, khabar terbaru mengenai Anita Sarawak melaporkan beliau sedang menjalani rawatan penyakit barah di Kuala Lumpur.

Laporan Berita Harian Malaysia menyatakan penyanyi yang popular dengan lagu Seksis itu dirawat di sebuah hospital swasta di ibu kota Malaysia itu.

Malah, ada beberapa artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya namun tidak diizinkan membuka mulut demi menghormati penyanyi itu.

Wajah Kak Nita atau nama sebenarnya Ithnaini M.Taib, 66 tahun kini jauh berbeza hingga ada antara peminat sudah tidak mengenalinya.

Sebelum ini, sumber mendedahkan Kak Nita sudah menjual kediaman miliknya di Spring Valley, Las Vegas berikutan tersebarnya dokumen jual beli di Internet 31 Julai 2017, lapor Berita Harian Malaysia online.

Kemudian, Kak Nita dan suaminya, Mahathir membeli sebuah kediaman baru di lokasi sama dengan harga RM1.3 juta pada 4 Oktober tahun sama.

DILIHAT DI SEBUAH RESTORAN DI ANG MO KIO

Bagaimanapun, pada tahun sama, seorang peminat wanita terserempak dengan Kak Nita bersama suaminya di sebuah restoran makanan segera terpencil di Ang Mo Kio, Singapura, lapor Berita Harian Malaysia.

"Saya lihat Kak Nita amat berbeza kali ini. Raut wajahnya seperti orang sakit. Ketika memerhatikannya, dia sedang makan ubat.

"Saya duduk hanya jarak dua meja daripadanya. Saya percaya, itulah Kak Nita kerana saya duduk bertentang dengannya," kata peminat itu kepada BH Malaysia Online, pada tahun lalu.

Dikhabarkan juga Kak Nita sudah tidak mewarnakan rambutnya lagi, berwajah cengkung seperti orang sakit, lapor Berita Harian Malaysia.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan