Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anggota asal Elite bersatu rakam lagu kerohanian

Anggota asal kumpulan Elite membuat kejutan apabila kembali bergabung sempena ulang tahun ke-25 penubuhan mereka. Elite dianggotai Linda, Azza, Abby, Shasha dan Watie tampil dengan single terbaharu berjudul Alhamdulillah, lapor BH Online.

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota asal Elite bersatu rakam lagu kerohanian

Anggota asal kumpulan Elite (Gambar: Instagram/Linda Rafar)

Diterbitkan : 01 Apr 2021 12:05PM Dikemas Kini : 01 Apr 2021 12:20PM

MALAYSIA: Anggota asal kumpulan Elite membuat kejutan apabila kembali bergabung sempena ulang tahun ke-25 penubuhan mereka.

Elite dianggotai Linda, Azza, Abby, Shasha dan Watie tampil dengan single terbaharu berjudul Alhamdulillah, lapor BH Online.

"Sebelum ini, memang ada ura-ura untuk menggabungkan kami, tetapi banyak kali tertunda. Lagipun, kami mahu semua anggota asal Elite ada bersama. Ini adalah gabungan pertama selepas 20 tahun.

"Usaha ini digerakkan oleh Linda yang kebetulan berjumpa dengan Datuk Norman Abdul Halim. Saya bersyukur semua urusan berjalan lancar dan dipermudahkan," kata Azza kepada BH Online.

Kumpulan Elite ditemui ketika sidang media yang diadakan di KRU HQ, Skypark@Cyberjaya, pada Rabu (31 Mac).

Lagu ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan itu menyaksikan kumpulan yang popular dengan lagu Trauma dan Tamparan Wanita itu membawakan lagu bercorak kerohanian.

Linda memberitahu BH Online, mereka bersetuju menyanyikan lagu bergenre Islamik kerana ia bersesuaian dengan penampilan dan mahu memberi hiburan yang meninggalkan mesej kepada peminat.

"Kami bersetuju untuk muncul dengan single bergenre Islamik dan mempunyai mesej yang baik dalam lagu.

"Ia juga bersesuaian dengan ketibaan Ramadan tidak lama lagi. Kami berharap dapat menyebarkan perkara positif kepada peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula Elite," ujarnya.

Biarpun muncul dengan lagu ketuhanan, ia tidak bermakna mereka meninggalkan konsep yang menjadi tanda dagang Elite.

"Identiti setiap lagu Elite adalah rap, jadi dalam single Alhamdulillah ini kami perlu menyanyi rap.

"Tidak dapat dinafikan, keadaan agak mencabar apabila sudah lama tidak menyanyi dan merakamkan lagu. Tetapi, kami tidak mengambil masa yang lama untuk merakamkan single ini. Saya harap peminat dapat menerima single Alhamdulillah," kata Watie.

Single Alhamdulillah diterbitkan Imaan Music iaitu label Islamik di bawah KRU Music dan bakal dilancarkan di semua pelantar digital pada 19 April depan.

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan