Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anak usahawan kosmetik Vida hasilkan lagu berdasarkan pengalaman didera

Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini diterjemahkan dalam bentuk lagu berjudul 'Tolonglah'.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak usahawan kosmetik Vida hasilkan lagu berdasarkan pengalaman didera

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 04 Dec 2020 02:38PM Dikemas Kini : 04 Dec 2020 02:41PM

IPOH: Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini diterjemahkan dalam bentuk lagu berjudul 'Tolonglah'.

Cik B, atau nama sebenar Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, berkata lagu berentak rap itu dihasilkan bersama ibunya, usahawan kosmetik terkenal Dr Hasmiza Othman, 49, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

"Sebenarnya, saya suka menyanyi sejak berusia lima tahun dan ramai yang meminta saya menyanyi lagu rap, jadi saya mengeluarkan lagu saya sendiri untuk para pendengar.

"Rakaman video lagu berdurasi 4 minit 50 saat ini dibuat di Kuala Lumpur dan saya harap orang ramai dapat menerima lagu ini," katanya pada sidang media pelancaran lagu itu di kediaman Vida di Meru Heights pada Rabu (2 Dis).

Cik B berkata beliau akan menghadiri kelas vokal untuk memantapkan lagi nyanyian sebelum menerbitkan lagu keduanya dalam masa terdekat.

Selain turut mempunyai perniagaan sendiri, Cik B yang mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan mengakui pelajarannya agak terganggu kerana terpaksa membahagikan masa dengan jadual penggambaran filem di Kuala Lumpur dan mengikuti pelajaran di Ipoh.

"Saya juga bercadang untuk melakukan pelbagai kerja dalam masa sama iaitu berlakon, menyanyi dan menjalankan perniagaan. Kalau ada rezeki, saya ingin mencapai ke tahap antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Vida berkata beliau teruja dengan perubahan anak kesayangannya itu yang kini gemar bersolek dan menggayakan pakaian feminin berbanding dahulu selain boleh menyesuaikan diri dengan orang ramai.

"Sebelum ini, Cik B malu bergaul dengan orang lebih-lebih lagi apabila menerima pelbagai kecaman daripada warganet, sekarang dia sudah ada kekuatan untuk berdepan orang ramai dan keluar daripada kepompong dengan bersedia menjadi seorang selebriti," katanya. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan