Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anak Shah Rukh Khan jadi pendiam selepas keluar penjara

Pengalaman dipenjara selama 25 hari selepas didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah telah mengubah personaliti Aryan Khan.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak Shah Rukh Khan jadi pendiam selepas keluar penjara

Gambar: AP

Diterbitkan : 13 Nov 2021 05:02PM Dikemas Kini : 13 Nov 2021 05:04PM

MUMBAI: Pengalaman dipenjara selama 25 hari selepas didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah telah mengubah personaliti Aryan Khan.

Anak teruna Shah Rukh Khan dan Gauri Khan itu dikatakan mengalami ‘trauma’ berikutan kejadian tersebut.

Bahkan, anak muda berusia 23 tahun yang selama ini terkenal gemar menghadiri majlis sosial, berpesta dengan rakan-rakan kini didakwa berubah menjadi seorang yang pendiam.

Kenalan rapat kepada keluarga Shah Rukh Khan memberitahu portal berita Bollywood Hungama bahawa Aryan Khan lebih banyak menyendiri selepas mendapat jaminan pembebasan dengan menghabiskan masa di biliknya.

Selepas diberi jaminan pada 30 Oktober lalu, Aryan Khan tidak mempunyai keinginan untuk bertemu rakan-rakannya.

Bollywood Hungama difahamkan, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan serta seluruh anggota keluarganya memberi ruang dan masa kepada Aryan Khan untuk pulih dan kembali seperti biasa.

Media tempatan turut melaporkan, sebagai orang tua yang prihatin dengan anak sendiri, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan akan melakukan apa sahaja demi memastikan mereka sentiasa berasa di sisi Aryan Khan.

Disebabkan itu juga, Shah Rukh Khan memilih untuk meraikan ulang tahun kelahirannya dengan menghabiskan masa bersama keluarganya di lokasi percutian Alibaug, Mumbai.

Dengan jadual penggambaran filem yang padat, Shah Rukh Khan dikatakan sedang membuat pertimbangan untuk mengupah pengawal peribadi untuk Aryan.

Aktor masyhur dunia itu akan berusaha melakukan apa yang termampu untuk memastikan keselamatan anaknya.

Pada awal bulan lalu, Aryan Khan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) India di sebuah kapal pesiaran di pantai Mumbai.

NCB turut merampas sejumlah dadah dalam serbuan itu.

Ketika diserbu, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar.

Berikutan itu, Aryan Khan dan rakan-rakannya ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah (judicial custody) dan dihantar ke Penjara Arthur di Mumbai sehinggalah mahkamah membenarkan dia diikat jamin.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan