Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anak sepupu Neelofa berusia 6 bulan positif COVID-19

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa mendedahkan bahawa anak kepada sepupunya yang berusia enam bulan sah dijangkiti COVID-19, lapor Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak sepupu Neelofa berusia 6 bulan positif COVID-19

Petikan gambar dari Instagram/Neelofa.

Diterbitkan : 23 Mar 2020 01:56PM Dikemas Kini : 23 Mar 2020 01:58PM

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa mendedahkan bahawa anak kepada sepupunya yang berusia enam bulan sah dijangkiti COVID-19, lapor Astro Awani.

Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Neelofa memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan anak sepupunya yang bernama Noor Sameera Mohd Nazlee.

“Kalau ada yang nak tolong doakan, selalu berdoa, doakan sekali anak kepada sepupu saya @missnoorcahaya.

“Allahuakbar, tak tahu macam mana sebenarnya perasaan seorang ibu apabila mendapat berita seperti ini," jelasnya menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram Story pada Sabtu (21 Mac).

Pada masa sama, menerusi akaun Instagram sepupunya, Noor Cahaya turut berkongsi keadaan terkini anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

"Terima kasih semua untuk doa dan kasih sayang. Ya, benar apa yang kalian dengar mengenai ‘baby’ Sameera positif COVID-19.

"Apa yang saya harapkan tolong sentiasa doakan saya," tulisnya.

Jelasnya, sepupunya itu menetap di Brunei bersama keluarga suami dan salah seorang ahli keluarga baru sahaja pulang dari luar negara.

“Mengikut cerita, dalam pesawat, ada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang dikatakan positif COVID-19.

“Apabila pulang ke rumah, virus itu dikatakan berjangkit pada bayi ini. Namun, ujian terhadap ahli keluarga yang lain semuanya menunjukkan keputusan negatif termasuk sepupu saya,” jelasnya lagi, seperti ditukil laporan Astro Awani.

Dalam kesempatan itu juga, Neelofa sempat menitipkan pesanan nasihat kepada pengikutnya dengan memberitahu orang ramai agar kekal berada di rumah dan bersama-sama membantu mengekang penularan COVID-19.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan