Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anak patung Squid Game benar-benar wujud, 'tinggal' di kampung luar bandar Korea Selatan

Anak patung gergasi bermata laser dalam siri drama Netflix 'Squid Game' yang terkini antara watak anak patung menyeramkan dihidupkan dalam filem. 

Anggaran Waktu Membaca:
Anak patung Squid Game benar-benar wujud, 'tinggal' di kampung luar bandar Korea Selatan

(Petikan skrin: Squid Game)

Diterbitkan : 02 Oct 2021 11:45AM Dikemas Kini : 02 Oct 2021 11:46AM

SEOUL: Anak patung gergasi bermata laser dalam siri drama Netflix 'Squid Game' yang terkini antara watak anak patung menyeramkan dihidupkan dalam filem.

"Bintang" episod pertama drama itu menjadi fokus permainan berdarah 'Red Light, Green Light' yang melemparkan pandangan tepat yang membawa maut dengan menghidupkan senjata apabila ia mengesan pergerakan.

Siapa sangka, anak patung setinggi 3 meter itu benar-benar wujud dan "menjaga" pintu masuk Macha Land, sebuah muzium kereta kuda di Jincheon County, sebuah kawasan perkampungan terletak tiga jam dari utara Seoul, menurut Koreaboo.

Namun pada 27 September, muzium itu mengumumkan patung tersebut tidak lagi dipamerkan.

Menurut akhbar Korea, Hankook Ilbo, patung itu dicipta untuk 'Squid Game' dan dibawa ke Macha Land bagi disimpan secara privet. Bagaimanapun, ada salah faham dan ia sebaliknya dipamerkan kepada umum.

Pembuat anak patung gergasi itu berkata dalam akhbar Hankook Ilbo bahawa muzium berkenaan secara berkala membenarkan tempatnya digunakan untuk menyimpan barang.

Bagaimanapun, Koreaboo melaporkan penduduk kampung sebagai berkata anak patung itu sudah lama wujud malah sebelum Squid Game dicipta dan pihak penerbit yang meminjamnya.

Anak patung gergasi itu dikatakan dihasilkan dengan imej seperti kanak-kanak sekolah Korea dirujuk daripada buku-buku teks lama yang digunakan di sekolah rendah.

Namun, tidak dinyatakan tentang belah tangannya yang hilang.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan