Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anak Azean Irdawaty - Benjy - meninggal dunia di Medan

Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia hari ini (11 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Anak Azean Irdawaty - Benjy - meninggal dunia di Medan

Pelakon Benjamin Ibrahim meninggal pagi tadi (11 Jul). (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Jul 2021 05:52PM Dikemas Kini : 11 Jul 2021 05:59PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia hari ini (11 Jul).

Berita pemergian Allahyarham Benjy itu dimaklumkan oleh bapa Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat semput hari ini,” itu mesej kiriman Encik Khairil Anwar kepada Astro Awani menerusi WhatsApp.

Menurut Encik Khairil, beliau dimaklumkan anak sulungnya itu meninggal dunia akibat penyakit semput.

Encik Khairil yang sedang diuji dengan penyakit angin ahmar ketika dihubungi berkata, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

“Ada kawan Ben telefon saya maklumkan Ben meninggal dunia pukul 11.00 pagi ini,” jelas Karl dalam nada sebak ketika dihubungi, menurut laporan Astro Awani lagi.

Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cuba menyeludup dadah jenis syabu.

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan, buat masa ini ia sedang mendapatkan bantuan dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia untuk pengurusan jenazah.

"Kami sedang berhubung dengan wakil Malaysia di sana, perkembangan terbaru akan diberitahu kelak," kata Setiausaha SENIMAN, Hafiz Hanafiah.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan