Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Anak angkat perempuan penawar hati baru Umie Aida

Pelakon Umie Aida berkongsi khabar gembira tentang kehadiran seorang bayi perempuan comel yang kini menjadi anak angkatnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak angkat perempuan penawar hati baru Umie Aida

(Gambar: Facebook/Umie Aida Rahmad)

Diterbitkan : 08 Jul 2019 02:58PM Dikemas Kini : 08 Jul 2019 03:36PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Umie Aida berkongsi khabar gembira tentang kehadiran seorang bayi perempuan comel yang kini menjadi anak angkatnya.

Menerusi laman Instagramnya pada Sabtu (6 Jul), lapor Sinar Harian, bintang filem Dukun itu memuat naik gambar pertama bayi berkenaan yang difahamkan baru berusia 12 hari.

“Penawar hatiku.. anugerah dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Alhamdulilah.. ku terima amanah ini dan akan menjaganya sebaik mungkin. Insya’allah,” tulis Umie Aida yang masih belum memilih nama untuk anak angkatnya itu.

Menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, Umie mengakui pada awalnya beliau tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengambil anak angkat namun menyifatkannya sebagai rezeki apabila bayi tersebut belum mendapat keluarga titipan lain.

“Pada awalnya saya ‘forward’ mesej kepada semua rakan dan bertanya jika mereka inginkan anak angkat ketika bayi itu baru dilahirkan 12 hari lalu. Memandangkan tidak ada maklum balas, saya buat tak tahu saja. Saya berfikir mungkin mereka akan menghubungi ibu bayi ini sendiri.

“Namun pada sebelah tengah hari, saya tergerak hati bertanya semula kepada ibu bayi ini sama ada sudah ada yang berminat atau belum. Apabila diberitahu tidak ada siapa yang memberi maklum balas, saya terus berkata saya nak,” kongsi Umie sebagaimana dilaporkan.

Umie menambah keputusannya untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat dipermudahkan dengan persetujuan suaminya, Khairuddin Abu Hassan.

Meskipun sibuk dengan penggambaran siri terbaru drama Mak Cun, lapor Sinar Harian, Umie tetap membawa anak angkatnya ke tempat kerja kerana enggan berjauhan dengannya selain tidak mahu bayi itu berada dalam jagaan orang lain.

Sebelum ini, Umie memiliki dua anak angkat lelaki - Mohd Daniel Firdaus, 26 tahun, dan Mohd Dzulhelmy, 25 tahun, yang dijaganya sejak kedua-dua mereka masih kecil lagi.

Sejak membina mahligai perkahwinan dengan suaminya paa Mac 2010, Umie belum dikurniakan cahaya mata. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan