Amy Search dendang lagu Isabella untuk isteri Dr Mahathir
Teruja dapat bertemu dengan Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ketika di Langkawi, penyanyi rock Amy menggunakan kesempatan itu untuk mendendangkan lagu popularnya, Isabella untuk isteri mantan perdana menteri Malaysia itu.
KUALA LUMPUR: Teruja dapat bertemu dengan Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ketika di Langkawi, penyanyi rock Amy menggunakan kesempatan itu untuk mendendangkan lagu popularnya, Isabella untuk isteri mantan perdana menteri Malaysia itu.
Siti Hasmah, 95 tahun, dilihat asyik menghayati lagu yang popular sejak lebih 30 tahun lalu ketika Amy - atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman - mendendangkan lagu itu di sebelahnya, menurut laporan MalaysiaKini.
Detik tersebut turut dirakam dan dimuat naik ke Instagram isteri Amy, Norhasniza Hassan.
Menurut Norhasniza, pertemuan itu berlangsung secara kebetulan.
Katanya, beliau dan Amy terserempak dengan isteri Dr Mahathir Mohamad ketika mereka sedang bersarapan.
“Alhamdullilah kami dapat berjumpa Tun Dr Siti Hasmah. Tadi beliau nak sangat dengar Amy nyanyi untuk dia Isabella.
“Dia cakap walaupun tak berapa nampak, dia kenal suara Amy.
“Tun pesan jaga diri C19 (COVID-19) ni memang serius. Jangan lupa basuh tangan, pakai mask. So sweet of her,” tulisnya di Instagram, seperti dinukil laporan MalaysiaKini.
Lagu Isabella dipopularkan oleh kugiran rock ternama, Search, yang dihasilkan oleh komposer terkenal M Nasir dan liriknya ditulis oleh Bob Lokman.
Lagu yang dihasilkan pada 1989 itu bukan sahaja menjadi fenomena di Malaysia namun juga berjaya menembusi pasaran Indonesia ketika itu.
Catatan yang dimuat naik pada Rabu (30 Dis) itu mendapat lebih daripada 5,000 tanda suka, menurut laporan MalaysiaKini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.