Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aliff Aziz pertahan markah tertinggi konsert minggu kedua GV8

 Penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz, muncul sebagai peserta dengan markah tertinggi dalam konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim kelapan yang disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria malam semalam (28 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Aliff Aziz pertahan markah tertinggi konsert minggu kedua GV8

Aliff Aziz mendendangkan lagu 'Kasih Tak Sampai' di konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim kelapan. (Gambar: Gegar Vaganza Official/Instagram)

Diterbitkan : 29 Nov 2021 10:26AM Dikemas Kini : 29 Nov 2021 10:31AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz, muncul sebagai peserta dengan markah tertinggi dalam konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim kelapan yang disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria malam semalam (28 Nov).

Beliau, yang mendedahkan pernah bekerja sebagai "bouncer" semasa siaran GV8 itu, tampil hebat menerusi lagu 'Kasih Tak Sampai' yang pernah dipopularkan kugiran Indonesia, Padi.

Aliff tidak sahaja mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton di dewan, lapor AstroAWANI, persembahan itu juga disifatkan sebagai 'dinamik' oleh Ketua Juri GV8, Ramli MS.

Abang kepada penyanyi Aisyah Aziz, yang menempa nama menerusi francais Akademi Fantasia, itu juga bakal membawakan lagu 'Kasihnya Laila' - pernah dipopularkan Jinbara - pada konsert minggu depan.

Minggu depan juga bakal menyaksikan penyanyi berkaliber Adibah Noor mempersembahkan 'All I Ask', lagu milik penyanyi Inggeris asal United Kingdom, Adele.

Minggu kedua GV8 juga tidak menyaksikan sebarang penyingkiran. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan