Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aliff Aziz mungkin mengaku bersalah di Mahkamah Negara Nov ini

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berhasrat mengaku bersalah ke atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz berhasrat mengaku bersalah ke atas tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Demikian menurut dokumen mahkamah dalam perkembangan terkini membabitkan artis tersebut selepas dia muncul lagi di Mahkamah Negara hari ini (22 Okt) bagi sebutan kesnya.

Dalam sesi yang bermula sekitar pukul 10.30 pagi tadi, peguam bela meminta agar kes ditangguhkan dan Hakim Adam Nakhoda menetapkan 19 November sebagai tarikh sebutan seterusnya.

Aliff Aziz di Mahkamah Negara, 22 Oktober 2019. (Gambar: BERITAmediacorp)

Aliff, yang mengenakan kemeja polo dan berkaca mata hitam hari ini hadir di mahkamah seorang diri tanpa ditemani sesiapa kecuali peguamnya.

Usai sesi sebutan kes tersebut, Aliff dilihat berbincang seketika dengan peguamnya sebelum beredar keluar dari mahkamah.

Pada 3 September lalu, Aliff didakwa atas dua tuduhan mencuri dalam dua kes berasingan, satu pada tahun ini dan satu lagi pada tahun lalu.

Dia dituduh mencuri wang sebanyak S$300 dan IDR1 juta (S$98) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri, pada 7 Jun 2019.

Jika sabit kesalahan bagi tuduhan tersebut, Aliff boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Pada 6 Ogos 2018, dia didakwa mencuri sekotak rokok Marlboro dan pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura.

Kedua-dua barang itu secara keseluruhannya bernilai $15.60.

Bagi kesalahan mencuri itu, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan