Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aliff Aziz buka zip seluar, lontar kerusi dalam video terbaru

Penyanyi dan pelakon yang diselubungi pelbagai kontroversi, Aliff Aziz, kini sekali lagi menjadi buah mulut netizen setelah satu lagi video melibatkan beliau tular hari ini (13 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Aliff Aziz buka zip seluar, lontar kerusi dalam video terbaru

(Petikan skrin video: Facebook/Official_Fidz)

Diterbitkan : 13 Jan 2020 07:51PM Dikemas Kini : 13 Jan 2020 08:04PM

BERITAmediacorp: Penyanyi dan pelakon yang diselubungi pelbagai kontroversi, Aliff Aziz, kini sekali lagi menjadi buah mulut netizen setelah satu lagi video melibatkan beliau tular hari ini (13 Jan).

Dimuat naik menerusi laman Facebook Official_Fidz, video sepanjang 1 minit 30 saat itu menunjukkan Aliff, 29 tahun kelihatan sedang bertengkar dengan seseorang lagi individu yang tidak jelas identitinya dalam rakaman video itu.

Memakai baju kemeja-T hitam dan berseluar jeans, Aliff kelihatan meninggikan suara dan menunjukkan gaya agresif terhadap individu tersebut. Punca pertengkaran itu juga tidak jelas. Namun gaya perbualan Aliff kelihatan agak bercelaru.

Tidak diketahui bila insiden pertengkaran itu berlaku dan bila video itu dirakamkan. Yang jelas ia dimuat naik pengguna Facebook tersebut sebelum tengah hari tadi.

LONTAR KERUSI, BUKA ZIP SELUAR

Dalam video tersebut, kelakuan agresif penyanyi dan pelakon itu terus menjadi-menjadi meskipun seorang rakannya kelihatan cuba menenangkannya.

Di bahagian tengah rakaman video itu beliau kelihatan melontar sebuah kerusi plastik sebelum mengundurkan diri dari tempat yang kelihatannya bahagian luar sebuah kedai makan yang sedang ditutup.

Sejenak kemudian, penyanyi itu dilihat kembali di hadapan kedai makan itu. Sambil terus meninggikan suara, Aliff kali ini membuka zip seluarnya dan menayangkan kemaluannya ke arah individu.

Sejurus kemudian, artis itu mula sedar dirinya sedang dirakam oleh seseorang dari dalam sebuah kereta.

"Eh jack, lu takmu record tau," kata Aliff kepada perakam video, yang besar kemungkinan adalah seorang rakannya.

"Mana ada gua record," jawab perakam video itu ringkas sebelum menghentikan rakaman secara mendadak.

PASANG SURUT KONTROVERSI ALIFF

Aliff banyak menarik sorotan media setempat dan Malaysia sejak kebelakangan ini. Pada Disember 2019, beliau dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan - dua tuduhan mencuri dan satu tuduhan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Dalam perkembangan yang turut tular di media sosial sebelum itu pada November, penyanyi tersebut ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam. Satu video tular ketika itu menunjukkan Aliff berada dalam keadaan mabuk di Orchard Road.

Selain kontroversi yang melibatkan pertuduhan undang-undang, Aliff turut menjadi tajuk berita setelah bercerai dengan isterinya Bella Astillah ekoran beberapa insiden curang.

Namun media-media tempatan sejak itu juga melaporkan bahawa hubungan kedua-dua artis tersebut semakin pulih, termasuk satu laporan minggu lalu yang menunjukkan kedua-duanya bergambar dengan cara yang mesra. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan