Images
  • yuna apple ad
    (Gambar: Twitter/@ArolAdam)

Album Yuna terpapar dalam poster iklan Apple Watch 5

MALAYSIA: Baru-baru ini, syarikat gergasi teknologi Apple mendedahkan peranti-peranti baru yang ditunggu-tunggu para peminatnya.

Sedang dunia sibuk menumpukan kepada peranti-peranti baru yang dikeluarkan syarikat itu, satu nama artis Malaysia tiba-tiba turut mendapat perhatian.

Pada Khamis (12 Sep) seorang pengguna Twitter dengan nama akaun @ArolAdam memuat naik petikan iklan yang memaparkan Apple Watch 5 yang baru dilancarkan.

Apa yang menarik tentang iklan tersebut adalah, skrin salah satu jam tangan itu menayangkan kulit album Rogue oleh penyanyi Malaysia, Yuna.

"Hei @yunamusic, saya ternampak anda di sini," tulis @ArolAdam.

Penyanyi tersebut turut memuat naik semula catatan (retweet) @ArolAdam.

"Oh Yayyy, terima kasih Apple Music," tulis Yuna ringkas, dalam catatan yang kini sudah meraih lebih 6,000 'like' dan menarik lebih 2,000 komen oleh para peminatnya.


Seperti sudah sedia maklum, ini bukan pertama kali artis kelahiran Alor Setar, Kedah itu diketengahkan di persada hiburan Barat.

Sempena pelancaran album Rogue pada Julai, wajah Yuna siap dengan cucuk sanggul terpapar di skrin gergasi di Times Square.

Pada 2017, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, menjadi penyanyi pertama dari Malaysia yang dicalonkan bagi anugerah oleh saluran Black Entertainment Television, yang memberikan pengiktirafan bagi penyanyi-penyanyi dari suku kaum minoriti di Amerika.

Wanita itu turut pernah dilaporkan berkata akan terus menetap di Los Angeles untuk urusan kerja meskipun sudah berumah tangga sejak tahun lalu.

Laporan berkaitan:

- BERITAmediacorp/Agensi berita/TQ/tq

Top