Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Album 'terakhir' Al-Jawaher dilancarkan; mahu cari bakat pelapis

Setelah hampir 30 tahun menyepi, Al-Jawaher tampil dengan album terbaru mereka bagi mengubat rindu peminat lagu nasyid.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Begitulah juga kumpulan nasyid legenda Al-Jawaher, yang lagu-lagunya masih diminati sehingga ke hari ini.

Setelah hampir 30 tahun menyepi, Al-Jawaher tampil dengan album terbaru mereka bagi mengubat rindu peminat lagu nasyid.

"Yang memberi dorongan itu sebenarnya kalau betul-betul peminat itu sendiri sebab kami memang aktif terima persembahan sana-sini dan mereka selalu nak kita 'comeback' dengan album lagu terbaru kitalah," kata salah seorang anggota Al-Jawaher, Norhaiyati Yusop.

Pelancaran album edisi terhad berjudul Lambaian Raudah itu diadakan di Wisma Geylang Serai hari ini (24 Mac).

Pastinya bulan Ramadan dan Syawal anda tahun ini akan lebih syahdu lagi dengan lagu-lagu baru dari kumpulan nasyid tersebut.

Dua daripadanya mungkin akan diperdengarkan di corong-corong radio dalam bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

Album terbaru ini, adalah yang keenam, sepanjang kerjaya seni mereka selama 40 tahun.

Album terbaru Al-Jawaher. (Gambar-gambar: Norhaiyati Yusof)

Album pertama mereka, Permata, dirakamkan pada tahun 1980.  Album kedua, Perjalanan, pada 1981. 

Album terbaru Al-Jawaher. (Gambar-gambar: Norhaiyati Yusof)

Seterusnya Warna Alam pada 1982 dan Berita Gembira pada tahun 1984.

Album terbaru Al-Jawaher. (Gambar-gambar: Norhaiyati Yusof)

Alam Insan adalah album terakhir yang dirakamkan pada 1989 sebelum kumpulan itu 'menyepi', berehat dek kesibukan menguruskan kehidupan masing-masing.

Album terbaru Al-Jawaher. (Gambar-gambar: Norhaiyati Yusof)

Bagi Al-Jawaher, 'comeback' mereka bukanlah untuk mengejar populariti.

Album terbaru Al-Jawaher. (Gambar-gambar: Norhaiyati Yusof)

Sebaliknya, album Lambaian Raudah itu mungkin 'hadiah' terakhir Al-Jawaher buat para peminatnya, menurut Cik Norhaiyati.

"Paling penting sekali kami nak pelapis. Belum dapat cari pelapis lagi untuk meneruskan membawa lagu-lagu berunsur nasihat macam ini," ujar Cik Norhaiyati lagi.

Empat lagu baru yang dimuatkan dalam album ini adalah 'Bulan Ramadhan' dan sebuah lagu Hari Raya berjudul 'Salam Aidilfitri', 'Lambaian Raudah' dan 'Pulang ke Pangkal Jalan'.  

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan