Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Album baru Megadeth akan dilancar tahun depan, dedah Dave Mustaine

Album baru Megadeth yang dinanti-nantikan, The Sick, the Dying… and the Dead!, dijadual akan dilancarkan pada musim bunga atau suku kedua 2022, menurut temu bual Dave Mustaine bersama majalah American Songwriter yang ditukil laman Loudwire baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Album baru Megadeth akan dilancar tahun depan, dedah Dave Mustaine

Gambar fail Dave Mustaine semasa persembahan pada 20 Ogos 2021 (Gambar: SUZANNE CORDEIRO/AFP)

Diterbitkan : 23 Nov 2021 11:44AM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 11:49AM

AMERIKA SYARIKAT: Album baru Megadeth yang dinanti-nantikan, The Sick, the Dying…
and the Dead!
, dijadual akan dilancarkan pada musim bunga atau suku kedua 2022, menurut temu bual Dave Mustaine bersama majalah American Songwriter yang ditukil laman Loudwire baru-baru ini.

Tajuk album tersebut didedahkan oleh ikon heavy metal itu pada awal tahun ini.

Minggu lalu (15 Nov), Megadeth berkongsi secara online temu bual kugiran tersebut bersama American Songwriter. Ia menyentuh tentang pemulihan Mustaine daripada barah dan peralihannya kepada gitar jenama Gibson, selain mendalami serba sedikit tentang lagu tajuk album berkenaan.

Menurut artis berusia 60 tahun itu, ia adalah tentang Black Death, iaitu wabak bubonik pada kurun ke-14.

Ia adalah "perjalanan sejarah tentang bagaimana wabak itu bermula dan ke mana ia merebak, bermula dengan tikus di atas kapal yang membawa penyakit itu, yang berlabuh di Sicily," kata Mustaine dalam wawancara itu seperti dilaporkan oleh Loudwire.

Dia juga bercakap tentang bagaimana The Sick, the Dying… and the Dead! mengembangkan 'riff' gitar sepanjang sejarah Megadeth: "Banyak riff telah disimpan dari semasa ke semasa. Lagu baru terdiri daripada sesuatu yang saya tulis semasa saya berumur 15 atau 55 tahun. Jika ia riff yang bagus, saya akan menyimpannya," dedah Mustaine.

Bahagian gitar bes bagi album tersebut yang dimainkan sebelum ini oleh anggota lama Megadeth, David Ellefson, dilaporkan sudah digantikan setelah pengasas bersama itu meninggalkan kugiran tersebut menyusuli satu skandal seks. Tidak diketahui siapakah pemain bes yang akan menggantikannya bagi album berkenaan, namun James LoMenzo mengisi kekosongan itu semasa konsert jelajah. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan