Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aktivis pro-demokrasi gesa filem 'Mulan' dipulaukan

Pembikinan semula filem Disney, Mulan, dalam bentuk aksi langsung kini sudahpun dikeluarkan namun nampaknya ramai orang mungkin tidak akan menontonnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Aktivis pro-demokrasi gesa filem 'Mulan' dipulaukan

Pelakon utama filem Mulan, Liu Yifei. (Gambar: CNN International/Twitter)

Diterbitkan : 07 Sep 2020 10:53PM Dikemas Kini : 07 Sep 2020 10:54PM

AMERIKA SYARIKAT: Pembikinan semula filem Disney, Mulan, dalam bentuk aksi langsung kini sudahpun dikeluarkan namun nampaknya ramai orang mungkin tidak akan menontonnya.

Ini setelah para aktivis pro-demokrasi di Hong Kong menggesa supaya memboikot filem itu dan kini disertai aktivis-aktivis lain di Thailand serta Taiwan, lapor CNN.

Seorang aktivis demokrasi Hong Kong, Joshua Wong, menyelar tindakan pelakon utama filem tersebut yang secara terang-terangan menyatakan sokongannya kepada pihak polis.

Berikutan tindakan pelakon itu, Liu Yifei, yang disifatkan sebagai menyokong kekejaman pihak berkuasa, Wong menyeru orang ramai supaya memulaukan filem lakonan pelakon tersebut.

"Disebabkan Disney berkunjung ke Beijing dan kerana Liu Yifei secara terbuka dan bangga menyokong kekejaman polis di Hong Kong, saya mendesak semua orang yang mempercayai hak asasi manusia untuk #BoycottMulan," kata Joshua di akaun Twitter miliknya pada Jumaat (4 Sep).

Pada Ogos 2019, Yifei dilaporkan berkongsi catatan di media sosial berhubung sokongannya kepada Hong Kong.

"Saya menyokong polis Hong Kong. Anda semua boleh menyerang saya sekarang. Sungguh memalukan bagi Hong Kong," tulis beliau dalam ciapan berkenaan.

Tahun lalu, insiden bantahan berlaku di bandar tersebut selepas Hong Kong diserahkan semula kepada China di bawah kaedah 'satu negara, dua sistem' yang membenarkan kebebasan itu tidak dinikmati di tanah besar. Ini termasuk hak untuk membantah dan mempunyai sistem perundangan bebas.

Wong juga pernah ditahan oleh pihak berkuasa sekitar dua kali pada tahun lalu.

"Mulan" dilancarkan di platform penstriman Disney+ pada Jumaat lalu.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan