Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aksi ghairah melampau, 'Hustlers' lakonan Jennifer Lopez diharamkan di Malaysia

Filem ‘Hustlers’ yang dibintangi pelakon terkenal, Jennifer Lopez (J Lo) sudah diharamkan tayangannya di Malaysia kerana banyak adegan lucah yang keterlaluan dimainkan dalam filem itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Aksi ghairah melampau, 'Hustlers' lakonan Jennifer Lopez diharamkan di Malaysia

Jennifer Lopez. (Gambar: Mario Anzuoni/Reuters)

Diterbitkan : 24 Sep 2019 06:10PM Dikemas Kini : 24 Sep 2019 06:14PM

KUALA LUMPUR: Filem ‘Hustlers’ yang dibintangi pelakon terkenal, Jennifer Lopez (J Lo) sudah diharamkan tayangannya di Malaysia kerana banyak adegan lucah yang keterlaluan dimainkan dalam filem itu.

Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak meluluskan tayangan filem itu selepas mendapati ia tidak bersesuaian untuk dipaparkan dalam konteks Malaysia.

Filem lakonan J Lo itu turut diharamkan kerana memaparkan aksi penari tiang yang mengghairahkan.

Pengharaman filem itu juga sudah disahkan oleh Square Box Pictures, syarikat pengeluar filem itu menerusi media sosial.

Buat masa ini, filem 'Hustlers' sedang menaiki tangga carta 'Box Office' di Amerika Syarikat dan United Kingdom sejak ditayangkan pada 7 September.

Filem yang turut dibintangi oleh Constance Wu, Julia Stiles, Lizzo dan Cardi B itu adalah berdasarkan kisah benar dan diinspirasikan oleh 'New York Magazine' yang menjadi tular pada 2015.

Plot penceritaan itu adalah berkisahkan tentang jaringan jenayah sekumpulan wanita yang menggoda mangsanya dengan membubuhkan dadah ke dalam minuman dan kemudian mengajak mereka berkunjung ke kelab tarian bogel.

Para pelanggan yang terdiri daripada pedagang saham atau ketua pegawai eksekutif yang khayal itu kemudiannya akan dikenakan caj melalui kad kredit mereka dengan bayaran yang tinggi.

Walaupun terdapat pelbagai respons, lakonan Jennifer sebagai Ramona tetap dipuji dan disebut-sebut sebagai pencabar anugerah Oscar tahun depan.

Awal tahun ini, beberapa adegan seks ‘gay’ dalam filem Rocketman ditapis di Malaysia sebelum penayangan filem berkisahkan penyanyi British terkenal, Elton John.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan