Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aizat Amdan tunai impian bapa, hasilkan lagu sempena ulang tahun Dr Mahathir

Kalau dulu ayahnya berhasrat untuk menghasilkan satu karya khas untuk Perdana Menteri Mahathir Mohamad, kini Aizat Amdan berjaya merealisasikan impian ayahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Aizat Amdan tunai impian bapa, hasilkan lagu sempena ulang tahun Dr Mahathir

(Gambar: @aizatamdan/ Instagram)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 03:50PM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 03:58PM

PETALING JAYA: Kalau dulu ayahnya berhasrat untuk menghasilkan satu karya khas untuk Perdana Menteri Mahathir Mohamad, kini Aizat Amdan berjaya merealisasikan impian ayahnya.

Penyanyi dan komposer berusia 29 tahun itu menghasilkan lagu 'Harapan Jadi Nyata' tujuh tahun lalu dan ia akhirnya diterbitkan pada hari ulang tahun Dr Mahathir semalam (10 Jul).

"Ayah tidak banyak cakap, tetapi gemar bercerita mengenai Tun M. Selepas pencen dan tiada apa yang dibuat, ayah menulis luahan isi hati mengenai Tun M," kata Aizat kepada Berita Harian Malaysia.

"Dia minta saya hasilkan lagu. Jadi, saya penuhi permintaan itu untuk memuaskan hatinya. Selama ini, ayah jarang bercakap mengenai seni, tetapi apabila dia minta saya buat lagu, saya terkejut," tambahnya.

Aizat akui ada pihak yang akan mempertikai tindakannya. Malah ada yang beranggapan, beliau inginkan populariti. Lantaran itu, Aizat menegaskan bahawa karya itu dihasilkan bagi memenuhi impian bapanya yang terlantar akibat angin ahmar sejak setahun lalu, lapor BH Online.

"Saya dapat pelbagai maklum balas mengenai lagu ini dan saya jadikan segala kritikan sebagai pembakar semangat untuk terus hasilkan yang terbaik.

"Jika saya tidak boleh terima kritikan, lebih baik saya tidak payah buat apa-apa. Kita buat bagus macam mana pun, orang tetap akan kritik," katanya.

Aizat juga memberitahu BH Online bahawa beliau tidak mengharapkan sebarang penghargaan atas usahanya itu. 

"Saya cuma berharap Tun M dapat mendengar lagu ini. Karya ini adalah luahan rasa ayah kepada idolanya. Saya anggap ia sebagai lagu patriotik pertama yang saya hasilkan.

"Ia sedikit berbeza daripada lagu patriotik sedia ada kerana saya tidak mahu terikut-ikut acuan lagu yang sama. Saya adun sentuhan muzik yang segar dan jika didengar, tidak akan rasa ini adalah lagu patriotik," katanya. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan