Aiman Hakim umum akan nikahi Zahirah MacWilson Feb 2020
Pasangan pelakon terkenal, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal melangsungkan pernikahan pada Februari 2020.
KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon terkenal, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal melangsungkan pernikahan pada Februari 2020.
Bagaimanapun, Aiman dan Zahirah belum memutuskan bila tarikh akan menamatkan zaman bujang mereka, menurut laporan laman Astro Awani.
"Untuk menjawab teka-teki dan ramai media yang bertanya tentang perkara ini, jadi ini pertama kali saya umum yang mana tarikh sebenar belum ada, tapi ia mungkin terjadi pada Februari 2020. Insya-Allah," ujar Aiman, 30 tahun, seperti yang dipetik oleh Astro Awani daripada sidang media yang diadakan bagi mengumumkan berita gembira itu.
Majlis pengumuman itu turut dihadiri bapa Zahirah, Zainol MacWilson yang juga pelakon terkenal seperti dilaporkan portal berita Mstar.
Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.