Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ahmad Dhani bebas dari penjara selepas setahun jalani hukuman

Pemuzik dan penyanyi Ahmad Dhani akhirnya menghirup udara bebas pada Isnin (30 Dis) selepas dijatuhi hukuman penjara selama setahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Dhani bebas dari penjara selepas setahun jalani hukuman

Ahmad Dhani. (Gambar: ANTARA/ Didik Suhartono)

Diterbitkan : 30 Dec 2019 01:04PM Dikemas Kini : 30 Dec 2019 01:17PM

Jakarta (ANTARA): Pemuzik dan penyanyi Ahmad Dhani akhirnya menghirup udara bebas pada Isnin (30 Dis) selepas dijatuhi hukuman penjara selama setahun.

Sekitar pukul 9.35 pagi WIB (waktu 10.35 pagi waktu Singapura), Ahmad Dhani dibebaskan dari rumah tahanan Klas 1 Cipinang, Jakarta Timur dengan ditemani isterinya, Mulan Jameela dan tiga putera Dhani, iaitu Al, El dan Dul.

Dhani ketika itu mengenakan kopiah dan kemeja hitam, sama seperti ketiga-tiga anaknya. Mulan pula dilihat mengenakan tudung panjang berwarna merah muda keunguan.

Dhani hanya melambaikan tangan setibanya di luar rutan, tanpa mengatakan sepatah kata. Begitu juga Mulan, Al, El dan Dul.

Beliau langsung naik ke bahagian depan atas trak bersama Mulan dan Al, sementara El dan Dul bersama sejumlah orang berdiri di bahagian belakang trak.

Dhani akan diarak menggunakan trak menuju ke rumahnya di kawasan Pondok Indah, Jakarta Selatan.

Awal dari itu, dia dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Majlis Hakim di Pengadilan Negeri Surabaya akibat kes ujaran kebencian terhadap anggota Koalisi Elemen Bela NKRI pada tahun 2018.

Beliau mengucapkan kata makian di video blognya yang dimuat naik ke laman Instagram, selepas dihadang anggota Koalisi Elemen Bela NKRI. Ketika itu Dhani hendak melakukan deklarasi #2019GantiPresiden di Hotel Majapahit, Surabaya.

Dhani sempat ditahan di rumah tahanan Kelas 1 Surabaya lalu dipindahkan ke rutan Cipinang, Jakarta Timur. Selama ditahan, beliau mendapat remisi Hari Kemerdekaan 17 Ogos selama sebulan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan