Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ahmad Dani dipenjara kerana catatan berbaur kebencian di Twitter

Artis Indonesia, Ahmad Dhani yang pernah popular menerusi kumpulan Dewa 19, dijatuhi hukuman penjara satu tahun enam bulan selepas didapati bersalah menyebarkan kebencian di media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Dani dipenjara kerana catatan berbaur kebencian di Twitter

Ahmad Dhani (Gambar: MERDEKA.com)

Diterbitkan : 30 Jan 2019 12:19AM Dikemas Kini : 30 Jan 2019 12:23AM

JAKARTA: Artis Indonesia, Ahmad Dhani yang pernah popular menerusi kumpulan Dewa 19, dijatuhi hukuman penjara satu tahun enam bulan selepas didapati bersalah menyebarkan kebencian di media sosial.

Ahmad Dhani, 46 tahun, didapati bersalah oleh Mahkamah Negeri Jakarta Selatan kerana menyebarkan kebencian menerusi akaun Twitternya pada Februari dan Mac 2017.

Ketua Majlis Hakim Mahkamah Negeri Jakarta Selatan, Ratmoho dalam pengadilannya pada Isnin (28 Feb) berkata Ahmad Dhani terbukti menyebarkan kebencian dan menimbulkan permusuhan berunsurkan agama, perkauman dan golongan tertentu di negara itu.

Dia didakwa mengikut Undang-undang Nombor 11 Tahun 2008 (Pindaan 2016) berkaitan Informasi dan Transaksi Elektronik (ITE), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.

Ahmad Dhani, yang merupakan pemuzik, penyanyi dan komposer lagu, menubuhkan kumpulan Rock, Dewa pada 1986 sebelum kumpulan yang turut popular di Singapura dan Malaysia itu dibubarkan pada 2011.

Menurut laporan media Indonesia, Ahmad Dhani akan menjalani hukumannya di Penjara Cipinang, Jakarta.

Laman Merdeka.com melaporkan, hukuman setahun enam bulan yang dijatuhkan adalah lebih ringan daripada yang dipohon pihak pendakwa.

Selain hukuman penjara, hakim mengarah agar beberapa barangan berhubung kes tersebut disita untuk dimusnahkan.

Ini termasuk cakera yang menyimpan petikan skrin Twitter berkenaan, telefon bimbit berserta kad SIM dan akaun emel serta Twitter.

Sumber : Bernama/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan