Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ahli silap mata David Blaine disiasat atas serangan seksual

David Blaine sedang disiasat setelah beberapa laporan berkaitan serangan seksual dibuat terhadapnya, kata Ketua Penyiasat Polis New York, Dermot Shea pada Isnin (1 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli silap mata David Blaine disiasat atas serangan seksual

Ahli silap mata David Blaine (Gambar: Facebook/David Blaine)

Diterbitkan : 02 Apr 2019 08:58PM Dikemas Kini : 02 Apr 2019 09:28PM

NEW YORK: David Blaine sedang disiasat setelah beberapa laporan berkaitan serangan seksual dibuat terhadapnya, kata Ketua Penyiasat Polis New York, Dermot Shea pada Isnin (1 Apr).

Siasatan sedang dijalankan oleh unit mangsa khas, dedah Encik Shea dalam satu sidang media pada Isnin, seperti dilaporkan CNN. Beliau enggan memberi sebarang butiran lanjut.

Sementara itu, sumber-sumber yang mempunyai maklumat tentang siasatan itu memberitahu CNN bahawa seorang penuduh tampil untuk membuat laporan terhadap Blaine di NYPD. Namun dakwaan itu melepasi batas tempoh yang diperuntukkan bagi tindakan undang-undang. Belum jelas bagaimana NYPD akan meneruskan siasatan.

Satu sumber lain memberitahu CNN siasatan dijalankan ke atas Blaine sekitar setahun lalu namun kes itu sudah ditutup.

Blaine tidak segera menjawab permintaan CNN untuk memberi komen.

Ahli silap mata itu meningkat popular pada 1999 apabila beliau dibenamkan dalam keranda Plexiglass di dasar tangki air seberat tiga tan selama tujuh hari.

Blaine dijadual mengadakan pertunjukan mengelilingi Eropah mulai Jun.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan