Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ahli politik, selebriti tidak ketinggalan sertai #Cabaran10Tahun

Jika anda aktif di media sosial, anda pasti melihat lebih ramai orang termasuk yang lebih berumur, menjadi lebih 'remaja' berbanding biasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli politik, selebriti tidak ketinggalan sertai #Cabaran10Tahun

Inilah antara ahli-ahli politik dan selebriti-selebriti yang menyertai #Cabaran10Tahun di media sosial. (Gambar: Facebook/Instagram)

SINGAPURA: Jika anda aktif di media sosial, anda pasti melihat lebih ramai orang termasuk yang lebih berumur, menjadi lebih 'remaja' berbanding biasa.

Manakan tidak, dengan adanya #10YearChallenge atau #Cabaran10 Tahun, pengguna media sosial teruja berkongsi perbezaan susuk diri mereka sekarang, berbanding 10 tahun lalu.

Bukan golongan belia dan selebriti sahaja, bahkan ahli politik juga tidak mahu ketinggalan mempamerkan diri mereka yang 10 tahun lebih muda dahulu.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong ahli politik yang pertama di negara ini yang berkongsi 'gambar muda' bagi #Cabaran10Tahun ini di media sosial beliau.

Dalam kapsyennya, beliau menulis: "Saya mahu percaya bahawa diri ini tidak banyak berubah selepas 10 tahun, selain warna rambut dan garis rambut saya!

“(Tapi sebenarnya) rambut saya semakin beruban dan lebih tipis, tetapi saya tetap seronok melakukan apa yang saya buat sekarang."

Catatan menarik daripada PM Lee juga meraih lebih 12,000 'likes' dan lebih 600 perkongsian di Facebook sejauh ini.

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam juga berkongsi gambarnya yang jauh lebih muda di media sosial. Yang pasti, gambar lebih muda itu ‘masih banyak rambut’ berbanding sekarang.

"Ternampak #Cabaran10Tahun, bercadang membuat #Cabaran30Tahun,” seloroh beliau, yang tidak segan berkongsi wajah, rambut dan warna rambutnya yang sudah dimakan usia. Tapi senyum manis beliau kelihatan tetap sama.

Tidak hairanlah Encik Shanmugam sentiasa 'tersenyum lebar' dalam gambar-gambarnya. Catatannya di Facebook itu berjaya mendapat sehingga lebih 2,600 ‘likes’ sehingga ada yang menulis komen seperti “Handsome dude” dan “That young man looks like Obama” (Lelaki muda itu nampak seperti Obama).

Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan Amrin Amin juga tidak ketinggalan. Bapa kepada Ayza Sofia itu turut berkongsikan gambarnya dari 10 tahun lalu yang memakai kaca mata ‘aviator’.

Tidak banyak perubahan pada wajahnya. Rambut beliau juga sama pendek dan stail, selain lesung pipitnya yang ketara. Mungkin tubuh beliau sedikit berisi.

"Jika anda tanya saya sedekad lalu apa pekerjaan saya sekarang, saya sendiri takkan dapat teka.

"Saya berterima kasih di atas peluang yang banyak dan individu-individu baik hati yang memberi tunjuk ajar dan mendorong saya. #Cabaran10Tahun," tulis Encik Amrin.

PERSONALITI JUGA TIDAK KETINGGALAN

Personaliti-personaliti tempatan juga mempunyai catatan-catatan yang cukup menarik.

Salah seorang daripadanya adalah Shahrizal Salleh atau lebih dikenali sebagai 'Chef Bob' yang berjaya melangsingkan tubuhnya dan turut mencipta 'hashtag' beliau yang sangat memberi inspirasi.

View this post on Instagram

This is #AllMyLifeChallenge.  #TenYearChallenge I tak qualify. All my life I have been struggling with my weight.  Since I was a toddler till now. Not only my weight but my battle with atopic eczema.  I went through a lot but Alhamdulillah all is good. Looking back I believe I am blessed with Allah's bounties and support from my family and close friends to get me by through all those years. You know why most fat people are funny or uses humour as a defence mechanism?  That is because we would rather have people laughing WITH us than AT us. That's the reality of it.  I believe not only us the chunky ones but many could relate to this. So try to be compassionate and empathize with others.  You think it's easy being fat? You have noooooo idea bruh. But then again, your health is your wealth.  If you want to change your physical appearance, have a healthier lifestyle and the aesthetics of it, start by loving your fat self first.  Appreciate the fats and flabs when you stand stark naked in front of the mirror. Tell yourself you are one sexy chunky mofo. If others can't accept that, itu diorang pey pasal. �� Nothing is sexier than confidence bebeh. Tapi jangan over confident ah. From there, change your mindset, niat, put in the effort and persevere. The rest leave it to Allah.  In Shaa Allah you'll be better and feel better. Love you all machas. Doa for me. Paaaayyyy-ice ✌�� #istiqomah #eczema #transformation #weightlosstransformation #weightloss #BodyPositivity #fat #fitness #bald #botakissexy

A post shared by Chef Bob (@walkingfridge) on

"Ini #CabaranSepanjangHidup. #Cabaran10Tahun saya tidak dapat layak.

"Sepanjang hidup saya, saya berdepan dengan masalah berat badan, sejak saya kecil sehingga sekarang. Bukan saja berat badan saya, tetapi perjuangan saya dengan ekzema atopik. Saya banyak mengharungi cabaran tetapi Alhamdulillah semuanya baik-baik saja."

Chef Bob juga menulis adalah penting untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat, namun ia harus bermula dengan sikap 'menyayangi diri sendiri dahulu'.

"Dari situ, ubah pemikiran anda, niat, berusaha dan terus berdaya tahan," ujarnya.

Pelakon Singapura yang kian aktif di seberang, Hisyam Hamid turut memuat naik gambar bersama puteranya, Hayden, di Instagram.

Jika dahulu Hisyam boleh digelar bapa muda, kini pelakon tersebut seorang ayah kepada dua anak meningkat dewasa.

Pemenang Singapore Idol musim pertama Taufik Batisah juga antara yang berkongsi gambarnya lebih 10 tahun lalu.

"2006 vs 2019...tiada beza, masih sawo matang... yang mana pilihan anda?"

Jelas, setiap ahli politik mahupun selebriti kelihatan lebih matang dengan usia, dan pastinya, dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan