Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Afifah Nasir akhirnya buka mulut, minta maaf atas kesilapan

Pelakon Nur Afifah Nasir hari ini (7 Ogos) mengaku bahawa beliau dan penyanyi Aliff Aziz berpegangan tangan, seperti yang dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah pusat karaoke.

Anggaran Waktu Membaca:
Afifah Nasir akhirnya buka mulut, minta maaf atas kesilapan

Pelakon Afifah Nasir di sidang media hari ini (7 Ogos). (Gambar: Petikan skrin dari video Facebook)

Diterbitkan : 07 Aug 2017 04:04PM Dikemas Kini : 07 Aug 2017 06:52PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Nur Afifah Nasir hari ini (7 Ogos) mengaku bahawa beliau dan penyanyi Aliff Aziz berpegangan tangan, seperti yang dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah pusat karaoke.

“Saya akui akan kesilapan saya membenarkan si dia memegang tangan saya. Dan oleh itu, saya ingin meminta maaf,” katanya di sidang media yang diadakan di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Dalam petikan laporan New Straits Times (NST), Afifah, 24, yang berada di tengah-tengah kontroversi karaoke antara Aliff dan isterinya Dayang Nabellah Awang Astillah, berkata bahawa beliau bertindak untuk mengadakan sidang media untuk memberikan kenyataan dari pihaknya.

“Ini juga untuk menjernihkan keadaan dan saya tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa atas insiden itu. Saya hanya mahu teruskan kehidupan,” jelas adik kepada pelakon Anzalna.

: MH berada di sidang media pelakon Afifah Nasir berhubung kontroversi yang melanda dirinya.

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 6 August 2017

Sebelum mengeluarkan kenyataan beliau, seperti dipetik NST, pihak media turut sedar akan rakaman perbualan antara Anzalna dan seorang anggota kru produksi “Izinkan Aku Mencintaimu” mengenai rancangan untuk mengadakan sesi karaoke.

“Sesi karaoke itu sepatutnya adalah untuk kami semua (barisan pelakon dan kru siri drama itu), kerana kami akan menamatkan penggambaran tidak lama lagi,” katanya.

Afifah juga mendedahkan Aliff yang mencadangkan agar mereka pergi ke tempat karaoke pada 27 Julai, memandangkan ia hanya 10 minit dari lokasi penggambaran.

“Tetapi, Bella tiba sebelum pelakon dan kru lain sampai,” jelasnya, menurut NST.

Pada 27 Julai, Aliff didakwa menyerang isterinya di sebuah pusat karaoke selepas beliau ditemui di dalam bilik bersama Afifah.

Apabila skandal itu disebarkan dan menjadi tular di media sosial, ramai netizen yang menggesa agar Afifah meminta maaf kepada Bella. 

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan