Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Afdlin Shauki keluh masalah cetak rompak masih berleluasa; industri hiburan tidak dihormati

Kegiatan cetak rompak masih terus berleluasa kerana industri hiburan tidak dihormati oleh kerajaan dan masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Afdlin Shauki keluh masalah cetak rompak masih berleluasa; industri hiburan tidak dihormati

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 06 Mar 2021 11:50AM Dikemas Kini : 06 Mar 2021 11:52AM

KUALA LUMPUR: Kegiatan cetak rompak masih terus berleluasa kerana industri hiburan tidak dihormati oleh kerajaan dan masyarakat.

Menurut pengarah, pelakon dan penyanyi Malaysia Afdlin Shauki, industri hiburan juga sepatutnya dihormati kerana ia juga satu kerjaya profesional.

Encik Afdlin menjelaskan jika industri hiburan dihormati, Malaysia akan menjadi sepertimana negara-negara maju yang menganggap industri hiburan sebagai satu kerjaya profesional yang membekalkan perkhidmatan yang sangat penting kepada masyarakat.

"Jika ia dihormati, kita akan menjadi seperti Australia, seperti Amerika Syarikat, seperti negara-negara maju yang menghalang perkara ini berlaku.

"Di negara-negara maju, pemerintah menghalang sekeras-kerasnya aktiviti cetak rompak kerana kreativiti rakyat mereka adalah sangat penting kepada mereka," katanya kepada Astro AWANI.

Jelas beliau, masyarakat sememangnya mahukan hiburan namun semuanya ingin diperolehi secara percuma kerana rasa tidak hormat kepada industri tersebut.

Katanya lagi, industri hiburan sepatutnya dihormati kerana ia turut menyumbang kepada pendapatan negara dengan hasil yang diperolehi.

"Masyarakat perlukan hiburan, mereka mahu mendengar lagu, mahu menonton tv, tetapi mereka merasakan itu semua patut ditonton atau didengar secara percuma.

"Kenapa ini berlaku? Jawapannya sebabnya kerajaan membenarkan ini berlaku, kerajaan membenarkan perkara-perkara ini berlaku," katanya lagi kepada Astro AWANI.

Encik Afdlin menyeru agar masyarakat menghormati industri hiburan dengan membeli barangan atau produk asli.

Selain itu, beliau juga mendesak agar kerajaan bertindak tegas terhadap kegiatan cetak rompak bukan terus-menerus membenarkan kegiatan cetak rompak.

Baru-baru ini, seorang pengarah syarikat didenda RM30,000 (S$9,885) oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah memiliki enam kotak media yang mempunyai perisian tidak sah mengikut Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan