Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Adira elak memandu, kongsi rasa berdebar hitung hari sambut bayi ketiga

Penyanyi Adira Suhaimi yang sedang meniti hari bagi melahirkan cahaya mata ketiga, kini terpaksa menghadkan pergerakannya kerana bimbang bakal memudaratkan diri.

Anggaran Waktu Membaca:
Adira elak memandu, kongsi rasa berdebar hitung hari sambut bayi ketiga

Penyanyi Adira Suhaimi. (Gambar: Instagram/ Adira Suhaimi)

Diterbitkan : 02 Aug 2019 01:51PM Dikemas Kini : 02 Aug 2019 01:53PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi Adira Suhaimi yang sedang meniti hari bagi melahirkan cahaya mata ketiga, kini terpaksa menghadkan pergerakannya kerana bimbang bakal memudaratkan diri.

Dalam nukilan BH Online Malaysia, beliau yang sering mengalami masalah mudah lelap, terutama sekali semasa memandu, memilih untuk lebih meluangkan masa di rumah.

"Bayangkan ketika kereta berhenti di lampu isyarat, saya pernah tertidur. Untuk tidak membahayakan nyawa, saya elakkan diri daripada terlalu kerap memandu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut berkongsi rasa berdebar kerana dijangka bersalin pada 8 Ogos mengikut jadual.

(Gambar: Instagram/ Adira Suhaimi)

(Gambar: Instagram/ Adira Suhaimi)

"Saya baru berjumpa doktor untuk pemeriksaan terakhir dan diminta supaya banyak berehat kerana sudah mula sakit, terutama pada bahagian pinggang."

“Hendak bercakap pun ‘mengah’ kerana berat badan saya kini mencecah 80 kilogram. Tidak banyak beza dengan kehamilan sebelum ini. Cuma, kali ini, saya lebih cepat penat. Mungkin ia berlaku kerana saya perlu menguruskan dua anak yang masih kecil iaitu Anggrek dan Assan," kongsi beliau kepada BH Online Malaysia.

Pelantun lagu Pujaan Hatiku hanya menyedari dirinya hamil ketika kandungan memasuki usia lima bulan dan sejauh ini tidak mengalami sebarang alahan.

“Memandangkan saya melahirkan Anggrek dan Assan menerusi pembedahan, saya perlu mendapatkan nasihat doktor berhubung proses kelahiran cahaya mata ketiga. Saya berharap urusan bersalin nanti dipermudahkan," luah Adira kepada BH Online Malaysia.

Adira mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan